Saturday, April 13, 2024

Raya 2024

Raya tahun ni aku betul-betul tak dapat feel macam raya yang dulu. Yang sebetulnya dari 2-3 tahun lepas. Rasa kosong. Kosong sangat.

Selalunya, aku akan menikmati Ramadhan. Tapi, tahun ni, Ramadhan pun aku tak berapa nak menikmatinya.

Hmmm.. entahlah. Mungkin dah tua.

Dah makin tua ni, macam-macam dugaan datang. 

Ahh... Sedihlah.

Kadang-kadang, apa yang kita rasa betul dan patut kita buat, orang lain fikir lain. Benda tu salah bagi orang lain. Salah besar.

Ahh... Sedihlah.


belasah saja!

Saturday, August 21, 2021

Gila!

Tahun 2021, aku menyaksikan ramai orang menjadi gila. Bukan gila yang betul-betul 'gila', walaupun ada sahaja yang gila dengan kegilaan suasana dunia yang semakin menggila. Ini gila disebabkan oleh nafsu. Nafsu yang ditambah dengan dendam, kuasa, pangkat, kedudukan dan populariti. Semua ini datang dari satu ujian. Ya, umat kita memang akan duji dengan fitnah dahsyat, iaitu harta. Ada harta, kita saudara. Takde harta, tengok pun sebelah mata.

Tengok sahajalah kepimpinan negara kita. Bertukar lagi PM kita. Benda ni akan menjadi satu kitaran atau 'loop' selagi ada yang tak berpuas hati. Belum pun PM 9 kita mengangkat sumpah, sudah tular cerita yang berkaitan beliau tentang PRU di Sabah yang katanya telah menjadi punca kes Covid-19 meningkat. Hmm.. entahlah. Aku tak berapa gemar dengan kisah politik, tapi kena ambil tahu juga. Sebab kita punya hak dalam menentukan kepimpinan negara.

Pandemik ini juga banyak menimbulkan resah gelisah. Ramai terjejas. Pendapatan, hubungan kekeluargaan, pendidikan dan macam-macam lagilah. Ramai yang terganggu fikiran. Bagi aku ini bukan gila, cuma terganggu kesihatan.

Yang gila adalah orang yang gila harta, gila pangkat, gila kuasa. gila darjat, gila kedudukan. 

Gila!

belasah saja!

Saturday, June 26, 2021

Bebas Tapi Terpenjara

Wow, lamanya aku tak menjenguk di sini. Last post tahun 2018. Post 2018 pun post yang setelah lama aku tak merapu dalam blog. Baca balik tulisan blog aku dulu-dulu, bikin aku ketawakan diri sendiri. Macam ni aku dulu ye? Hahaha...!

Ye lah, itu jam, banyak masalah dalaman melanda, mencari dan tercari-cari arah (sekarang pun masih fine tuning walaupun merasa sudah terpandu), dan masa itu aku banyak bercakap dengan diri sendiri selain benda lain di sekeliling. 

2018 aku dah pun berhijrah keluar dari Kolumpo. Kolumpo bandar yang penuh dugaan. Bandar yang juga banyak peluang. Bandar yang penuh cabaran. Dalam 2016 sebenarnya aku keluar dari Kolumpo ke negeri Pantai Timur. Disini, suasana lebih aman dan tenang. Tiada terkejar-kejar, Rasa lebih selesa dan tenang di sini dari segi kehidupan. Alhamdulillah.

2017 aku cuba menulis balik dekat blog. Tapi dah takde feel lah.Aku cuba nak share muzik yang rare bunyinya. Tapi macam tu lah setakat share sahajalah. Lepas tu takde idea. Malas. Masa pun takde.

2020 rasa nak menulis tu ada. Tapi masa pulak takde. Aku cuba menulis dekat twitter. Sebab aku rasa menulis dekat twitter ni pendek-pendek je. Tapi lepas berkecimpung sejenak, twitter ni punya pegi aku macam tak in sangat. Dashyat sangat buah fikiran dan adab kelakuan komen-komen netizen kat twitter ni. (Dekat twitter orang lainlah, aku punya takde siapa nak baca dan komen. Hihihi....).

2020 juga tahun yang haru biru buat semua. Membawak sampai ke tahun ni, 2021. Dengan pandemik Covid-19, memang ramai terkesan. Lockdown membuat kita semua tak bebas bergerak. Tak boleh nak kemana-mana sangat beb! Sekarang baru rasa nikmat yang Allah bagi semasa dunia bebas dari virus Covid-19 ni. Kita ni bebas tapi terpenjara. Hmm... macam mana tu? Apa pun, Alhamdulillah, Allah lindungi kita dari Covid-19 ni. Harapan hujung tahun ni kita dah semakin pulih.

Pandemik ni memang bagi kesan pada ekonomi dunia. Ramai yang hilang punca pendapatan, Ada yang hilang pekerjaan, mengalami kemurungan dan macam-macam masalah timbul. Dekat sinilah hati dan iman kita betul-betul teruji. Kacau beb. 

Yang cari makan sendiri terpaksa kreatif macam mana nak surivive. Kebanyakan guna platform digital mcam Facebook untuk cari makan. Online busking, online gig, online class ... serba serbi secara online. Kita selagi mana boleh support kita support lah. 

Hidup ni beginilah. Ada naik ada turun. Begitu juga iman kita. Segala akan dibalas. Jadi kita azam setiap hari kita cuba buat kebaikan. Kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita. Insha Allah, bahagia kita dunia akhirat.

belasah saja!

Tuesday, March 27, 2018

Rare Muzik - Sleep Now in the Fire - Brass Against the Machine ft Sophia Urista - RATM Cover

Ini dia cover lagu Sleep Now in the Fire yang berbeza dari lagu asal. Melodi gubahan Andrew Gutauskas Brad Hammonds ini kedengaran sama pada 'tulang belakangnya' cuma ianya disuntik dengan elemen brass band. Boleh tahan dan unik. Tapi aku lebih gemar dengan versi asal yang lebih 'Rage'. Banyak lagi lagu Rage Against the Machine yang di'brass'kan oleh Brass Against the Machine ni. Layan.


belasah saja!

Monday, January 15, 2018

Rare Muzik - Nothing Else Matters - Postmodern Jukebox ft. Caroline Baran - Metallica Cover

Rasanya cuaca yang sejuk dingin kat Malaya sekarang ni memang layan lagu cenggini sambil pekena kopi secawan. Mari kita layan lagu yang digubah diluar norma lagu asal. Memang berbeza. Jom layan.



Amacam? Ada rasa macam cerita James Bond tak? Ke rasa nak tidur? 

belasah saja!

Sunday, January 14, 2018

Check Kuku

"Semua letak tangan atas meja.......!" Jerit Cikgu Ani pada murid-murid kelas 1 Melati. 

Abu tersentak dari lamunan. Semena-mena cerita Thunder Cat yang bermain dalam fikirannya hilang setelah melihat pembaris panjang warna kuning di tangan Cikgu Ani yang lagi panjang dari pedang Lion-O.

"Cikgu nak check kuku... semua letak tangan atas meja ya!" Jerit Cikgu Ani lagi.

Abu tengok budak sebelahnya, Sanjay gigih menggigit kukunya yang panjang dan berkarat.

Gulp!

belasah saja!

Wednesday, December 20, 2017

Rare Muzik - Okelah Kalo Begitu - Warteg Boyz

Ok. Aku just nak berkongsi apa yang aku rasa rare dan unik dalam blog ni.

Lagu oleh Warteg Boyz yang bertajuk Okelah Kalo Begitu ni aku rasa agak rare bilamana ketika menonton video muziknya rasa macam nak bagi pelempang pada penyanyinya. Hahahaha.... Kalau ikutkan, lagu ni dah dimuatnaik pada tahun 2010, tapi pada 2017 menjadi tular semula.

Lirik yang kelakar dan susunan muzik yang simple, membuatkan rasa nak menyanyi bersama. Cakap banyak tak guna, sepak tak kena, layan je lah lagu ni ye. Moga kemurungan anda berkurangan hendaknya. :) Enjoi.




belasah saja!

Wednesday, November 15, 2017

Rokes Tua

Image result for senarai nama kumpulan rock kapak

Abu menyapu habuk yang tebal melekat pada kotak kasut sekolah Pallas Jazz. Ada belasan kotak pelbagai saiz lagi di bawah katil Abu. Kotak ini adalah salah satunya. Cuti panjang telah membawa Abu ke kampung. Lama dah tak balik. Mujur maknya tak menyumpahnya menjadi batu. Maknya pun faham yang Abu memang sibuk di Kolumpo tu. 

Cuaca ekonomi yang muram telah mengurangkan sedikit sebanyak ketebalan poket si Abu. Dan ini menyebabkan reaksi berantai berlaku pada kehidupan Abu. Emph... bukan Abu sahaja, tapi pada mereka yang semarhaen Abu. Terpaksalah mencari peluang rezeki yang lebih. Apa sahaja. Asalkan janji pada komitmen setiap bulan dapat dipenuhi.

Abu merenung kotak ditangannya. Perlahan-lahan penutup kotak dibuka. Sejumlah kotak-kotak plastik kecil tersusun rapi. Pelbagai tulisan tertulis pada kertas didalam plastik kotak itu. Abu meneliti dan membaca satu persatu tulisan tersebut. Search, Wings, SYJ, Lefthanded, May, XPDC, Ella & The Boys, Bloodshed, Sera, Babylon, D'Riyadh, Mega, Gersang.....dan Rimba Bara.

Rimba Bara? Hmmm...... Abu tersenyum. Fikiran Abu melayang semula ke zaman tersebut.


** Kredit to MuzikRock.com dan Li Ipoh Mali

belasah saja!

Monday, November 6, 2017

Selepas Kemarau

Wow! Lama betul aku tak jenguk blog ni. Aku pun tak tau sama ada blogging ni masih relevan dan up to date. Ikut pada kecenderungan manusia masa kini, rasanya lebih cenderung pada yang lebih simple macam twitter, facebook, instagram. 

Aku tengok blog-blog yang pernah aku follow circa aku aktif menulis blog. Ada yang dah senyap dan sepi. Ada yang lama hiatus, dan kembali aktif. Ada yang terus menerus aktif. Dunia berubah.

Last entri aku tahun 2015. Pergh...makan dua tahun tu! Banyak jugak entri-entri dalam blog ni yang aku tarik balik publish nya. Alasannya? Ntahlah...mungkin aku nak baca sendiri-sendiri kot.

Idea untuk aku menulis dan merapu masih beku. Aku masih mencuba.

belasah saja!

Wednesday, September 2, 2015

Bidin

Teringat pulak aku zaman aku kecik-kecik dulu, Masa tu umur aku dalam lima-nam tahun keatas tapi bawah doblas tahun....errr...rasanya. Kalau doblas tahun, aku dah ada kad pengenalan bunga raya. Seingat aku, itu jam aku takde kad pengenalan lagi. Jadinya aku agak-agak umur aku dalam lingkungan itulah.

Dulu, opah aku ada bela kucing. Warnanya hitam. Selalu kalau warna hitam orang akan bagi nama macam 'Itam', 'Black' atau 'Kopi'. Jarang orang bagi nama Abu Garcia, Lim Dan, Ali Sulaiman atau pun Mutusammy Kurupaiah. Tapi tak tau pulak trend zaman orang main derma billion billion ni kan. Mana nak tau kot ada kucing nama Kurt Cobain zaman ni.

Tapi hat kucing ni spesel sikit. Nama dia Bidin. Aku tak tau le sebab apa dipanggil Bidin. Aku syak bidan masa mak si Bidin ni beranak ni dulu yang pegi register nama Bidin ni. Dan bidan tu pakcik aku.

Yang buat aku teringat pasal Bidin bukannya apa. Itu jam pop rock tengah in dan trending-lah. Michael Jackson memang dalam carta. Antara lagu arwah yang tengah top zaman zaman tu ialah Beat It. Tapi masa tu telinga aku dengar lain. Yang aku dengar time korus dia ialah 'Bidin' bukannya 'Beat It'. Jadi aku anggap Michael Jackson nyanyi lagu tu memang untuk 'Bidin'. Jadi aku bersama sepupu-sepupu aku yang lain dok mengulang part korus 'Bidin' depan si Bidin. Kesian Bidin. Mesti dia konfius.

Setelah berpuluh tahun, baru aku tau yang rupanya memang ada lagu saduran Beat It. Penyanyi lagu tersebut ialah Linda Ismail. Dan tajuk dia 'Bidin'. Ya...'Bidin'. 






belasah saja!

Thursday, August 27, 2015

Lama

Hmmm. Lama sungguh rasanya aku tak menulis.  (Gila ko...setahun tu!!!) Ya. Rindu rasanya. Macam drama Rindu Awak 200%. Rindu untuk menulis, mengarut dan merepek macam dulu, Tapi, masa amat mencemburui aku. Heh! Cemburu tandanya sayang. Kan?

Aku pun tak pasti sama ada yang masih menjenguk blog ni. Ada ke orang yang masih nak membaca blog aku ni. Tambahan orang sekarang tengah lebih 'in' dan kalut membaca laporan tukaran matawang semasa. 

Macam-macam benda nak cerita. Tapi... ahhhh.....nantilah.



belasah saja!

Thursday, July 17, 2014

Menulis

Aku rasa aku patut mula menulis balik. Biarlah takde orang nak baca. Ini kerana memikirkan yang aku telah mula kembali bercakap dengan dinding, kasut, pensil, buah kurma dan juga kalender.

belasah saja!

Friday, December 20, 2013

Reboot

gua ingat.... gua nak reboot blog ni.

belasah saja!

Thursday, October 24, 2013

Hiatus

Blog ini dalam kondisi hiatus.

Hiatus [h-ts] - A gap or interruption in space, time, or continuity; a break.

Doakan saya. I'll be back.


belasah saja!

Wednesday, August 28, 2013

Metallica-SG-24.08.2013

Yeah!




belasah saja!

Thursday, August 22, 2013

Bahaya, Mudarat dan Sesat

owh...mereka datang,
bawak budaya songsang,
ini bahaya,
ini mudarat,
ini sesat,
sedar tak sedar,
yang disini lebih halus,
lebih kuat,
lebih berseni,
tak perlu mereka datang,
kerana yang disini sudah lama berada dalam selimut,
sudah lama didalam sekam,
sudah lama didalam lipatan,
cuma kita, dia  dan mereka-mereka itu pandai berlakon buta,
kerana yang disini itu adalah aku, kau, dia dan mereka-mereka.


belasah saja!

Wednesday, August 21, 2013

Remake - Sikit Punya Gila dengan penampilan khas Metallica



Darma membetulkan remos rambutnya di depan cermin. Beberapa kali diusap-usap dengan jarinya agar rambutnya nampak sama macam Kirk Hammet dalam poster Metallica yang tergantung dalam bilik rumah bujangnya. Ahhh...sudah lama dia nantikan saat ini. Akhirnya, Metallica jejakkan kaki juga ke tanah Malaya ni. Malam ini adalah finalenya, final countdown, beginning of the end of the beginning dan apa-apa jelah.

******

Sesaat mendengar perkhabaran itu melalui kawan serumahnya, Amid, beliau terus mengumpul duit nak beli tiket. Raya punya budget pun kena potong. Ini tahun baju raya yang baru sepasang je. Duit raya kat anak buah pun potong 50%. Alang-alang nak pegi, biar tiket paling depan.

"Mid, nampak ni Mid...tiket Metallica Mid!" ujar Darma sambil mengunjukkan helaian kertas pada Amid yang tengah melayan Youtube drama Korea.

"Uihhh...banyak duit ko Ma...satu je ke?" tanya Amid.
"Dua la...takkan la aku nak lupa kawan. Nah ko simpan tiket ni baik-baik..ni tiga hari lagi je tau!" memang Darma nak surprisekan kawan sekampungnya tu. Bagi dia bukak mata sikit. Dok layan drama Korea aje. Darma tak sanggup kawannya itu terjeremus ke lembah K-Pop.
"Lagi satu, simpan rambut tu bagi panjang sikit..kalau idak macam mana nak head banging helikopter" ujar Darma walaupun rambutnya sendiri pun ala-ala je panjangnya. Amid mencebik, impossible baginya untuk rambut tumbuh 5 inci sehari.
Amid membelek tiket tersebut. 
"Uihhh...hat ni tiket paling depan. Eh, ko simpan je la tiket ni." Amid menghulurkan tiket tersebut ke Darma. Darma mengambil tiket tersebut dan menyimpannya dalam kocek sebelah kiri baju kerjanya. "Ok Mid, ko redi tau Mid, udah-udah le Korea tu, baik ko layan video lagu Metallica. Hapal sesikit. Boleh la nanti sing along."

****

Darma tersengih melihat Amid yang mengenakan baju T hitam bertulis Metallica. 
'Nampak metal ko Mid. Baguih.'  
Mereka sudah bersedia ke Stadium Merdeka. 3 hari sebelum Darma tidur tak lena. Asyik mengigau, kompelin Amid. 

Inilah masanya. Masa yang ditunggu telah tiba. Sebelum ni asyik dengar kat radio melalui kaset, kat video, kat kempiter, ini lah masanya tengok live. Darma teruja tak terkata.


Tiba-tiba.....satu persoalan menerjah minda Darma.

"Eh mana tiket hari tu Mid?" tanya Darma.

"Bukan ke ko yang simpan itu hari?" jawab Amid.

"Eh...aku simpan dalam kocek baju kerja aku kan?" ujar Darma gelabah. Mukanya sikit pucat.

"Ha...ye la...semalam kan ko suruh aku pegi hantarkan ke Dobi." tegas Amid.

"Alamak......!!" Darma menepuk kepala.

Haaabbbeeeshhhh.


belasah saja!

Tuesday, May 21, 2013

Mira


Satu hari, masa gua duduk kampung mengabihkan bogheh mak bapak gua, gua telah bercadang pada itu hari iatu pada satu hari tu lah untuk ke pekan sekejap. Gua dressing sesedap mata aweks aweks memandang supaya mereka tidak keliru di antara gua dan maskot tahun melawat Malaya iaitu Zila.

Sudah puas dihati dan terasa diri sudah kelihatan seperti Amy Shearch, gua pun melangkah ke pintu dengan langkah yang sungguh gua kira bergaya sekali. Lantas gua melompat ke atas kenderaan rasmi gua ketika itu iaitu basikal. Ni pun gua pinjam mak gua punya. Ini aje yang mampu masa tu. Tanpa melengahkan masa, kaki gua lantas menolak tongkat dengan penuh bergaya sekali dan gua pun memulakan kayuhan persis seperti M.Kumaresan. Pergh....

Dalam lebih kurang 20 kayuhan yang gua buat, gua terserempak dengan Mira. Gua menarik brek. Celake brek tak makan pulak! Lalu terkangkang kangkang gua cuba membrek menggunakan kaki. Mujur kuda-kuda gua power pada ketika itu hasil daripada berenang di lombong pada hujung minggu. Mira seolah tak pedulikan gua. Dia meneruskan lenggok 'catwalk'nya.

"Mira! Eksyen kamu ye...?" tegur gua. Mira menoleh. Matanya merenung mata gua dengan renungan yang tajam.

"Mana kamu pegi Mira? Lama tak nampak?" Mira menyeringai. Mira ni memang lawa dan gebu. Ramai yang minat dengan Mira.

"Kamu pergi ikut jantan rumah tu ye?" gua mengarahkan jari telunjuk ke rumah papan dua tingkat tak jauh dari tempat kami bertembung.

Tiba-tiba gua terdengar bunyi basikal daripada belakang. Gua membatukan diri. Begitu juga Mira. Gua menoleh sedikit agar mata gua boleh menjeling pada sudut yang membenarkan gua melihat siapa yang datang. Ohh...Mak Cik Mon rupanya. Harap dia tak nampak dan dengar apa yang gua bualkan dengan Mira.

"Aje nye ye yop cakap dengan kucing....?" tegur Mak Cik Mon.

Gua hanya mampu tersengih. Mira mengiau lantas melangkah ke rumah papan dua tingkat itu.

"Balik!!! " dengan nada berbisik gua menjerit pada Mira.


belasah saja!

Wednesday, February 6, 2013

Lombong - [Full]

Ini adalah cubaan gua untuk menulis cerita yang serius. Gua rasa memang gua tak boleh pegi la....Hahaha... Gua rasakan imiganisi dan research yang hebat amat la perlu dalam menulis cerita-cerita sebegini. Jadi salut gua pada penulis-penulis di luar sana..






Lombong

1



Petang itu cuaca agak redup. Dengan kehadiran angin bertiup sepoi-sepoi bahasa agak mententeramkan jiwa aku yang tengah kacau.

Dan berserabut

Di tepi lombong ini, di bawah rendang pohon yang aku pun tak tahu apa jenisnya aku duduk di situ. Santai. Kononnya cuba untuk melarikan diri dari permasalahan dunia yang huru hara. Permasalahan ini macam bayang-bayang. Sentiasa mengekori bila ada cahaya. Jadi aku perlukan tempat yang redup dan tenang supaya bayang-bayang permasalahan aku tak dapat muncul.

Jadilah, walaupun sekejap.

Sedang aku leka termenung memerhatikan riak-riak air yang ditiup angin di lombong tinggal ini, terdengar ada satu suara yang lembut menegur aku dari belakang.

"Memancing ke bang?" Aku tak pasti soalan tersebut sekadar mahu berbudi bahasa atau sang empunya diri itu memang rabun sebab memang tak ada joran, jala, bubu, pukat tunda mahupun peralatan memancing yang berada di sekitar aku.

Tapi yang pasti suara itu datangnya dari seorang awek.


2

Lantas aku menoleh untuk melihat siapakah empunya diri.
  
'Mak aih....' mana datang pulak awek cun ala-ala pan-asian petang-petang main dekat area lombong tinggal ni.

"Err...takdelah saja duduk-duduk." jawab aku spontan. Mata aku lantas men'scanning' awek tersebut lalu menghantar data-data ke otak untuk menganalisa siapakah awek ini, kat mana aku pernah jumpa, sedara aku ke dan apa yang dia buat kat sini?? Ternyata takde jawapan dari hasil analisa itu.

"Ye ke?" awek tersebut senyum dan ketawa kecil. "Boleh saya duduk sebelah awak?" tanya awek tu lagi. Aku hanya mengangguk sambil mata aku melilau kiri dan kanan sambil dalam hati berkata 'ada orang nak prank aku ke hapa ni?'

Tanpa aku kata yes or no, awek tersebut terus duduk bersila disebelah aku. Wanginya. Risau pulak aku kot kena tangkap khalwat. Tapi kerisauan aku sedikit terhakis kerana tak berapa jauh dari tempat aku melepak tu ada dua orang sedang memancing.

 “Saya Saffiyah…” ujarnya sambil senyum memperlihatkan giginya yang putih tersusun rapi. Sumpah aku tak terpikir nak tanya nama dia, tapi kira ok gak la. Hehehe.

“Err…saya Zafir” balas aku. Aku balas senyuman Saffiyah. Tapi gigi aku kuning sikit la aku tengok pagi tadi kat cermin.

“Selalu lepak sini?” tanya Saffiyah. Angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup turut membelai rambut panjang awek yang bernama Saffiyah tu.

“Tak jugak. Kalau saya tension, boring…saya datanglah lepak sini.” Balas aku.

 Suasana hening seketika. Bagaikan ada malaikat lalu kata orang. Kedengaran hanya bunyi desiran angin yang melolosi rimbunan daun tempat kami melepak.

"Zafir, awak tau tak? Dulu saya pernah jumpa naga dalam lombong ni. Mesti awak tak percaya kan?" Spontan aku menoleh ke arah Saffiyah. Cuba untuk memastikan yang awek ini seorang awek yang waras. Saffiyah menoleh ke arah aku.

Dia senyum.

Peluh jantan mula terbit di dahi aku.

3

“Merepeklah awak ni. Mana ada naga…” Aku menidakkan minah sorang ni.



“Rilekslah…awak ingat saya ni terlepas dari wad mental ke?” Saffiyah senyum lagi. Aku geleng kepala sambil buat-buat sengih.



“Saya main-main je. Maksud saya, lombong ni nampak tenang. Tapi di dalam dan di dasarnya apa yang ada pun kita tak tau. Entah-entah ada naga? Siapa tau?” sambung Saffiyah lagi. 

Aku cuma mengangguk. Benar juga kata minah ni. Siapa tau dalam lombong ni ada naga? Ada Loch Ness? Ada ikan Toman sebesar bot laju? Siapa tau?

“Awak pun macam lombong ni. Saya tau. Tengok raut wajah awak pun saya tau. Tenang…tapi dalam hati tu ada naga. Tunggu masa nak keluar bila dikejutkan.” Saffiyah menambah lagi dan aku jadi makin pening dengan minah ni.

Tapi, lagi sekali aku membenarkan kata-kata minah sorang ni. Dalam hati dan diri manusia ni takde siapa yang tahu. Entah-entah ada naga? Ada taman? Ada api dendam yang membara? Ada salju yang menyejukkan? Siapa yang tahu? Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang ada dalam hati manusia ni.  

Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati.

“Awak ni ada belajar tilik nasib ke?” tanya aku dengan niat menyindir.

“Hahaha…awak ni kelakar jugak ye.” Entah bila masa aku buat lawak? Tapi kira orait la jugak. Minah ni gelak, nampak comel. Ada lesung pipit kiri kanan pulak tu. Sewitt.

Suasana menjadi hening lagi sekali.


“Saya tak pernah nampak awak kat area ni. Awak baru pindah ke?” tanya aku.

4

Sungguh, memang aku tak pernah nampak minah ni. Kalau dia ni dah wujud lama kat kawasan Padang Bukit tempat aku duduk selama 20 tahun ni, mesti dia ni dah jadi top ten awek pilihan kat sini dan dah masuk list dalam senarai Antara Gadis Azmi a.k.a Mie Romeo.


“Actually, saya baru je pindah ke sini dari K.L. Sini kampung ayah saya. Sebelum ni family saya memang jarang balik ke sini. Parents saya sibuk sangat. Kalau balik pun sekejap-sekejap. Ni parents saya dah pencen awal sukarela. Jadi diaorang ambil keputusan pindah sini” Ujar Saffiyah. Baju kemeja kotak-kotak bertemakan warna hijau dikenakan dengan seluar jeans menambahkan lagi kesewittan (bahasa apa ni?) Saffiyah.
 
5
 
“Kali ni, apa yang membuatkan awak datang ke sini? Frust? Tension?” Saffiyah menoleh ke arah aku. Senyum (lagi...)

Memang aku tak nafikan, kepala aku agak berserabut dan berat dengan pelbagai masalah ketika ini. Tapi selalunya aku lebih suka memendamkan saja. Tidak mahu berkongsi. Tidak mahu bercerita dengan orang lain. Kawan itu ada, cuma tiada yang rapat. Jadi, aku lebih suka duduk di sini, di tepi lombong ini. Berfikir sambil merenung takungan air lombong yang tenang ini, merenung ke langit yang biru dan melihat  apa saja yang ada disekeliling lombong ini. Aman. Aku rasa aman sekali.

Aku menoleh ke arah Saffiyah dan menghadiahkan dia satu senyuman kelat, “Hehe..nak frust apanya? Biasalah…kita manusia ni macam-macam masalah. Saya datang sini nak tenangkan fikiran je. Sini tenang sikit. Awak? Buat apa pulak kat sini?”

“Sama jugak macam awak. Mencari tempat yang tenang untuk bertenang.”

“Awak ada masalah sekarang?” tanya aku. Kelihatan seekor ikan jenis talapia menari-nari di permukaan air.

“Sama macam awak katakan tadi. Semua manusia ada macam-macam masalah. Saya cuba mencari jawapannya disini. Itupun kalau ada.” Jawab Saffiyah.

“Macam mana bunyinya masalah awak tu? Boleh awak cerita sikit?”

“Entahlah. Mungkin mainan emosi saya juga. Saya selalu rasa kecewa bila benda yang saya nak, tak dapat. Baru-baru ni saya dapat berita yang saya tak diterima belajar di universiti yang saya pohon di US. Hmm…saya frust sangat. Papa dan mama pujuk saya study di Malaysia saja. Tak nak saya. Hanna, Dolly, Farah semua dapat ke sana.” Saffiyah mencebik. Terpancar raut kecewa yang amat sangat dari wajahnya. Hilang senyum manis.

Aku senyum saja sambil mengutip batu-batu kecil. “Sama saja kan? US ke, Malaysia ke. Janji kita dapat belajar.”

“Sama je ayat awak dengan ayat mama saya. Huh…”

“Awak patut bersyukur. Sekurang-kurangnya awak masih mampu nak sambung belajar.” Aku melontarkan sebiji batu kecil yang aku kutip tadi. “Kalau awak jadi saya, mesti awak tak rasa apa yang awak rasa sekarang.” Aku menyambung lagi.

“Kenapa? Apa kena mengena dengan awak?” Tanya Saffiyah.

“Macam nilah cik Saffiyah. Mungkin cerita saya ni agak cliché, tapi inilah realitinya. Saya memang teringin nak sambung belajar, tapi peluang itu takde. Keluarga saya susah. Peluang itu seolah-olah tertutup buat saya. Saya kena kerja nak sara keluarga saya. Tapi saya tak mahu berhenti mengharap, sebab saya yakin masih ada jalan lain lagi.”




“Macam drama Melayu…” Kuntum senyum kembali ke wajah Saffiyah. Tapi masih tawar.

“Hehe….kan saya dah cakap tadi. Tapi kan, kita bila berdepan dengan masalah, patutnya kita tengok orang yang dibawah kita. Maksud saya, kita patut menilai diri dengan orang yang nasibnya lagi teruk. Kalau kita tengok nasib orang yang lebih baik dari kita, memang kita takkan rasa bersyukur dan berterima kasih. Mesti rasa tak puas hati. Mesti kita fikir kenapalah dia ni lebih daripada aku? Betul tak?” Aku lantas berdiri dan membuat satu lontaran batu kecil ke permukaan lombong.

“Betul, betul, betul. Macam pakar motivasi la awak ni.” Manis sudah kembali ke wajah Saffiyah semula bersama senyuman.

Aku membuat lontaran lagi. “Ni pun saya cedok ustaz saya kata. Ustaz saya kata lagi, dalam bab ibadah pulak, ia terbalik. Kita kena tengok orang yang lagi power daripada kita. Kan?”

“Yup. Memang betul. Akhirnya saya jumpa jawapannya di sini. Terima kasih.” Saffiyah turut berdiri di sebelah aku. Berpeluk tubuh.

“Sama-sama.” Jawab aku.

“Ok. Macam mana pulak masalah awak tu?”

“Ehm…entahlah. Saya serahkan pada takdir. Follow the flow..” aku tunduk. Memang aku buntu. Tapi aku tak mahu putus harap. Cuma kali ini aku memang tepu untuk berfikir.

“Mungkin saya boleh tolong awak. Nanti saya tanyakan pada papa saya. Dia ada banyak kawan yang mungkin boleh tolong awak dapatkan kerja, dan sambil tu awak boleh sambung belajar” ujar Saffiyah bersemangat sekali. Seakan ketua bahagian pemudi parti politik lagaknya.

“Kerja sambil belajar?”

“Yes. Tak mustahil bukan? Setiap masalah pasti ada penyelesaian.” Saffiyah menghadiahkan aku senyumannya yang manis sekali lagi.

Aku membalas senyuman Saffiyah. Memang benar, kalau kita berbincang dan bermesyuarat tentang satu permasalahan, pasti kita akan dapat jawapan dan penyelesaiannya. Dan kali ini terjadi pada aku dan Saffiyah.

Aku kembali duduk. Saffiya menuruti perlakuan aku. Dia duduk di sebelah kananku. Kami sama-sama merenung permukaan lombong yang menguning hasil biasan cahaya mentari yang semakin susut kuasa sinarnya.

Sedang aku menikmati pemandangan yang asyik itu aku terdengar sayup-sayup namaku dipanggil. Aku menoleh ke arah kiri di mana arah suara itu datang. Diselang-seli juga dengan nama Saffiyah. Mata aku masih tidak dapat menangkap kelibat manusia yang memanggil nama kami. Tapi suara itu makin lama makin mendekati.
 


Tiba-tiba, aku ternampak satu suluhan cahaya putih yang terang menerjah masuk tepat ke mata aku. Aku pejamkan mata sambil memalingkan kepala aku ke arah duduknya Saffiyah. Sakit dan pedih. Dengan perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku sedikit. Masih sakit dan pedih. Dan dari celahan pandangan mata aku yang terbatas itu aku dapati Saffiyah sudah tiada di tempat duduknya.
 
Aku mencari kelibat Saffiyah disekeliling. Apabila ku menoleh saja ke arah kiri aku dapati Saffiyah sudah terbaring. Bagaimana dia boleh berubah tempat dengan sekelip mata? Aku tiada jawapannya. Suluhan cahaya putih masih galak menyerang mata aku menyebabkan kepala aku terasa berat. Sangat berat. Lantas aku hilang pertimbangan dan terbaring. Seluruh otot tubuh aku terasa bagai dikunci. Aku tidak mampu bergerak.

“Kita sudah jumpa mereka!” itulah ayat terakhir yang menerobos masuk ke telinga aku sebelum aku rasakan diriku melayang dan terawangan di udara. Selepas itu tiada apa yang dapat aku rasakan, melainkan kegelapan yang panjang.

Apabila aku membuka mata, berdiri di hadapan aku seorang lelaki berumur yang aku tidak kenali. Ditemani seorang wanita yang juga tidak aku kenali. Mereka menghadiahkan satu senyuman pada aku. Aku dapati aku terbaring di atas katil. Aku dihospital rupanya.

“Terima kasih nak…” ucap lelaki itu.

Aku memejamkan mata. Lantas,seperti tayangan wayang gambar lama, bayangan seorang gadis yang berdiri di tepi lombong muncul di hadapan mata aku. Lalu gadis itu terjun ke dalam lombong. Kedalaman lombong itu menenggelamkan gadis itu. Terkapai-kapai tangan gadis itu. Lemas!

Tak semena-mena entah dari mana muncul pula kelibat seorang lelaki dan terjun menyelamatkannya. Wajahnya tidak jelas. Tapi aku memang kenal lelaki itu. Lelaki itu cuba menarik baju gadis itu, tapi agak sukar. Lelaki itu juga kelihatan seperti kelemasan. Setelah beberapa kali, lelaki itu berjaya juga memegang baju gadis itu dan menariknya ke tepi tebing lombong. Kedua-duanya kehabisan tenaga. Kedua-duanya kehabisan udara. Lalu terbaring kaku. Dari bayangan itu aku dapati gadis itu ialah Saffiyah. Dan...lelaki itu adalah diri aku sendiri.

Aku membuka mata. “Saffiyah macam mana?” aku bertanya.

Lelaki itu menoleh ke arah wanita itu seperti kehairanan. “Saffiyah selamat. Dia o.k. Pakcik ucapkan terima kasih pada anak. Tapi….macam mana anak tahu nama anak pakcik tu?”

Aku tersenyum. Macam mana aku tahu nama Saffiyah memang sukar untuk aku jelaskan pada lelaki dan wanita itu. Aku pejamkan mata.

Aku mahu berehat.

Selepas itu tiada apa yang dapat aku rasakan, melainkan kegelapan yang menenangkan.


-Tamat-




belasah saja!
Related Posts with Thumbnails