Wednesday, August 18, 2010

Puase Dulu-dulu - 3

Bila dah dekat waktu nak berbuka, time ni la paling best. Tengok atas meja dia punya hidangan memang gua rasa nak berbuka terus tak tunggu 'bang'. Tapi mengenangkan kesan dan akibatnya, jadi gua lupakan saja niat keji gua. Silap-silap gua boleh dihukum makan lepas semua orang dah setel berbuka mandatori. Kan dah rugi. Jadi gua kena kontrol nafsu serakah gua ni.

Starter macam biasa mesti mau dengan kurma. Minuman pulak selalunya ada air laici, tak pun tebu, koman-koman pun air lengkong tak pun sirap campur telur katak. Lepas tu, ada pulak kuih limeh (tepung pelita), popia, murtabak tambah pulak jiran depan rumah bagi kuih onde-onde. Belum masuk kuih jiran tepi, jiran kiri kanan serta belakang. Perghh.. Tang nasik sama lauk pauk tu memang wajib la kan. Lauk pauk tu selalunya special la sikit dari biasa macam ayam percik ke, ikan bakar ke. Tu tak masuk lagi pulak buah pencuci mulut yang glamer macam tembikai merah, tembikai susu dan anggur.

Bunyi je kerantong maghrib, orang start bang, gua tak toleh kiri kanan dah. Pekena je kurma seketul, gua terus attack air. Kering tekak dahaga usah cerita la. Kalau ada kolam renang kat rumah gua time tu, harus gua mintak mak gua bancuh air laici dalam tu. Boleh gua pekena kuak lentang time buka.

Bila dah selesai buka puase, hari pun dah gelap. Perut pun dah kembung. Jadi gua lepak-lepak kejap sebelum ke aktiviti ke surau untuk sembahyang terawih (kononnye). Bulan puase ni biasanya lesen keluar malam senang nak dapat. Tapi time budak-budak dulu nak pegi mana pun. Pegi (main kat) surau je la. Kalau dulu ada cybercafe, lain cerita dah gua rasa.

Bulan puase ni, dia punya berani lain macam. Jalan dalam gelap pun tak takut. Mana ada hantu. Hantu semua kena ikat. Kitaorang (GRK) yang jadi hantu. Orang dok sembahyang terawih, kitaorang sibuk buat aktiviti lain. Selalunya main mercun sama bunga api la. Tak pun main api.


Senang je nak main api ni. Kena ada sekotak mancis cap King Kong tak pun cap Cili Padi sama kertas suratkhabar lama. Lepas tu selai kertas suratkhabar ni ditemukan kesemua penjurunya dan ikat le dengan benda yang boleh mengikat. Jadi la bentuk dia macam bentuk tanglong. Gua pun tak reti la nak describe mana rupa dia. Lepas tu kita bakor tiap-tiap penjuru dia. Bila dah terbakor dia akan jadi UFO terbang ke langit. Best wo....Jangan terbakau rumah orang dah.

Satu hari, ada satu geng ni bawak mercun tarik. Ala mercun yang bertali tu, bila tarik baru meletup. Apa lagi, habis selipar kat surau kami bantai ikat dengan mercun tarik tu. Tak puas hati, pintu, tingkap, dan apa benda je la yang boleh buat mercun tu tertarik kami belasah ikat. Gua bubuh 5 biji jerangkap samar pada pintu jamban. Lu orang bayangkan muka bilal terkejut bila bukak pintu jamban. Member dah la tak tahan..tarik pintu punya la kuat. Keh keh keh...

belasah saja!

10 comments:

  1. hahahahaha... ko describe pasal air tadi... rase lakk dahaga.. meleleh...

    air lengkong tu air apa ? ada gak beberapa vocab yang gua tak simpan dalam memori ni..

    biasa dulu .. air nira atau air tuak glamour time bulanpuasa .. tapi sekrang tak bulan puasa pun dapat...

    bakar kertas macam UFO .. tu biasa tuh... kalau desperate tak ade duit nak beli mercun kena marah... hahaaha... mercun bawang .. safe ... mercun katak? mercun lalat... mercun yang parachute tu best kan... erkkk

    ReplyDelete
  2. taun ni ayah aku beli lagi ke tidak ntah mercun bola.hehe

    ReplyDelete
  3. seronok cerita masa kecik ko kemat..aku x de mcm tu...bila puasa tu time berbuka makanlah apa yg ada..time bapak aku gaji kire penuh lah skit meja..masa darjah 6, mak aku bersalina adik yg no 7..so aku kenalah tlg masak..kakak aku sekolah prg (form 2)...

    aku main belasah masak mcm main pondok2..abah aku lak sibuk kan hosp-rumah-hosp...yg aku ingat aku masak ikan kembong masak kicap kot..sedap x sedap adik2 aku telan je..tp mak kuat..2 minggu lepas bersalin dia turun dapur masakkan utk kitaorg dia sian kat kitaorg makan ala kadar..sayang mak!

    malam mmg x de kluar lepas berbuka semayang magrib pastu buat keje sekolah..kitaorg 7 beradik semua perempuan...so kat umah je lah...main mercun apatah lg..parents aku mmg x penah dedahkan kitaorg main2 mercun tu semua...klu ada bunga api pun pakcik aku yg beli..tu pun mak aku jd security officer keep on eye kat kitaorg..hahaha

    ReplyDelete
  4. main mercun nih aku xberapa pandai sgt...
    tapi setakat mercun roket,thunder cat,bola,papan n mariam buloh celah ketiak aku je mase kecik2 dulu coz pengaruh kwn2.. ehehe :D

    ReplyDelete
  5. @UJ: air lengkong, tu air cincau.. selain lengkong kat tempat gua panggil grassjelly...keh keh..

    @Ayana: woit...ayah lu main mercun bola? respek..respek..

    @lynda: waa..darjah nam dah masak..terer terer...cuba cerita lagi dalam blog ko..

    @amrixxx: ni terlebih pandai ni...bom tangan ada main? hehe..

    ReplyDelete
  6. @amrixxx - pengaruh kawan apa... aok yang mempengaruhi kawan2... dok gitu...hehehe

    ReplyDelete
  7. aa'aah ye..nnt aku cerita panjang berjela lak citer kat sini..hahahaha

    ReplyDelete
  8. kemat - bom tgn aku xpandai men kemat.. tapi klu boleh.. akl unak try bom c4 tuh..ahaha :XD

    Uj- biasa ar uj..aku tokeh mercun kena wat promosi gempak..ahaha

    ReplyDelete
  9. Respect and I have a keen proposal: How Much House Renovation luxury home renovations

    ReplyDelete

Ada komen? Kalau ada mari tulis sini.

Related Posts with Thumbnails