Showing posts with label Libang Libu Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Libang Libu Kehidupan. Show all posts

Saturday, August 21, 2021

Gila!

Tahun 2021, aku menyaksikan ramai orang menjadi gila. Bukan gila yang betul-betul 'gila', walaupun ada sahaja yang gila dengan kegilaan suasana dunia yang semakin menggila. Ini gila disebabkan oleh nafsu. Nafsu yang ditambah dengan dendam, kuasa, pangkat, kedudukan dan populariti. Semua ini datang dari satu ujian. Ya, umat kita memang akan duji dengan fitnah dahsyat, iaitu harta. Ada harta, kita saudara. Takde harta, tengok pun sebelah mata.

Tengok sahajalah kepimpinan negara kita. Bertukar lagi PM kita. Benda ni akan menjadi satu kitaran atau 'loop' selagi ada yang tak berpuas hati. Belum pun PM 9 kita mengangkat sumpah, sudah tular cerita yang berkaitan beliau tentang PRU di Sabah yang katanya telah menjadi punca kes Covid-19 meningkat. Hmm.. entahlah. Aku tak berapa gemar dengan kisah politik, tapi kena ambil tahu juga. Sebab kita punya hak dalam menentukan kepimpinan negara.

Pandemik ini juga banyak menimbulkan resah gelisah. Ramai terjejas. Pendapatan, hubungan kekeluargaan, pendidikan dan macam-macam lagilah. Ramai yang terganggu fikiran. Bagi aku ini bukan gila, cuma terganggu kesihatan.

Yang gila adalah orang yang gila harta, gila pangkat, gila kuasa. gila darjat, gila kedudukan. 

Gila!

belasah saja!

Saturday, June 26, 2021

Bebas Tapi Terpenjara

Wow, lamanya aku tak menjenguk di sini. Last post tahun 2018. Post 2018 pun post yang setelah lama aku tak merapu dalam blog. Baca balik tulisan blog aku dulu-dulu, bikin aku ketawakan diri sendiri. Macam ni aku dulu ye? Hahaha...!

Ye lah, itu jam, banyak masalah dalaman melanda, mencari dan tercari-cari arah (sekarang pun masih fine tuning walaupun merasa sudah terpandu), dan masa itu aku banyak bercakap dengan diri sendiri selain benda lain di sekeliling. 

2018 aku dah pun berhijrah keluar dari Kolumpo. Kolumpo bandar yang penuh dugaan. Bandar yang juga banyak peluang. Bandar yang penuh cabaran. Dalam 2016 sebenarnya aku keluar dari Kolumpo ke negeri Pantai Timur. Disini, suasana lebih aman dan tenang. Tiada terkejar-kejar, Rasa lebih selesa dan tenang di sini dari segi kehidupan. Alhamdulillah.

2017 aku cuba menulis balik dekat blog. Tapi dah takde feel lah.Aku cuba nak share muzik yang rare bunyinya. Tapi macam tu lah setakat share sahajalah. Lepas tu takde idea. Malas. Masa pun takde.

2020 rasa nak menulis tu ada. Tapi masa pulak takde. Aku cuba menulis dekat twitter. Sebab aku rasa menulis dekat twitter ni pendek-pendek je. Tapi lepas berkecimpung sejenak, twitter ni punya pegi aku macam tak in sangat. Dashyat sangat buah fikiran dan adab kelakuan komen-komen netizen kat twitter ni. (Dekat twitter orang lainlah, aku punya takde siapa nak baca dan komen. Hihihi....).

2020 juga tahun yang haru biru buat semua. Membawak sampai ke tahun ni, 2021. Dengan pandemik Covid-19, memang ramai terkesan. Lockdown membuat kita semua tak bebas bergerak. Tak boleh nak kemana-mana sangat beb! Sekarang baru rasa nikmat yang Allah bagi semasa dunia bebas dari virus Covid-19 ni. Kita ni bebas tapi terpenjara. Hmm... macam mana tu? Apa pun, Alhamdulillah, Allah lindungi kita dari Covid-19 ni. Harapan hujung tahun ni kita dah semakin pulih.

Pandemik ni memang bagi kesan pada ekonomi dunia. Ramai yang hilang punca pendapatan, Ada yang hilang pekerjaan, mengalami kemurungan dan macam-macam masalah timbul. Dekat sinilah hati dan iman kita betul-betul teruji. Kacau beb. 

Yang cari makan sendiri terpaksa kreatif macam mana nak surivive. Kebanyakan guna platform digital mcam Facebook untuk cari makan. Online busking, online gig, online class ... serba serbi secara online. Kita selagi mana boleh support kita support lah. 

Hidup ni beginilah. Ada naik ada turun. Begitu juga iman kita. Segala akan dibalas. Jadi kita azam setiap hari kita cuba buat kebaikan. Kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita. Insha Allah, bahagia kita dunia akhirat.

belasah saja!

Thursday, August 27, 2015

Lama

Hmmm. Lama sungguh rasanya aku tak menulis.  (Gila ko...setahun tu!!!) Ya. Rindu rasanya. Macam drama Rindu Awak 200%. Rindu untuk menulis, mengarut dan merepek macam dulu, Tapi, masa amat mencemburui aku. Heh! Cemburu tandanya sayang. Kan?

Aku pun tak pasti sama ada yang masih menjenguk blog ni. Ada ke orang yang masih nak membaca blog aku ni. Tambahan orang sekarang tengah lebih 'in' dan kalut membaca laporan tukaran matawang semasa. 

Macam-macam benda nak cerita. Tapi... ahhhh.....nantilah.



belasah saja!

Thursday, July 17, 2014

Menulis

Aku rasa aku patut mula menulis balik. Biarlah takde orang nak baca. Ini kerana memikirkan yang aku telah mula kembali bercakap dengan dinding, kasut, pensil, buah kurma dan juga kalender.

belasah saja!

Monday, November 2, 2009

Kuala Lumpur




Kuala Lumpur,
kota yang penuh janji dan harapan,
kota yang penuh kegembiraan dan kekecewaan,
kota yang menjanjikan kegagalan dan kejayaan.

Kuala Lumpur,
pahala dan dosa dimana-mana,
berbagai cerita suka dan duka,
melanda resah jiwa manusia.

Kuala Lumpur,
disini tercampaknya anak desa,
datang dengan penuh cita-cita dan cinta,
terperangkap akhirnya dengan duniawi dan masa.

Kuala Lumpur,
walau banyak cerita mu,
walau berjuta ranjau mu,
Engkau tetap menjadi destinasi,
Kerana aku, dia dan mereka yakin disinilah takdir kita.


Hasil dari rasa jiwa yang bergelora: bofoyengfeng, ahad, 01/11/09

Foto cilok pinjam dari www.trekearth.com

belasah saja!

Monday, July 27, 2009

Cerita Minggu Lepas

Masa
Minggu lepas, puff...amik ko sebeban kerja nak kena siap.
Gua off tulis blog ni..
Gua bukan penulis sepenuh masa. Dan gua tak tau samada benda yang gua tulis ni ada orang nak baca ke tak?
Kalau ada, oklah. Kalau takde gua baca sendiri je lah..hahah! Mana sempat gua tulis, gua tekan je.

Penat
Minggu lepas punya penat tak abis lagi. Membawa ke hari ni. Penat kerja campur penat nak pegi dan balik keje.
Ye lah, gua naik pablik transport je. Nak pegi dan keluar stesen dari stesen berapa puluh anak tangga gua kena panjat dan turun.
Silap-silap kalau di campur semua, sama dengan bilangan anak tangga ke Batu Caves. Tu pasal bodi gua maintain beb... Tu belum campur penat berdiri, campur tahan napas bau ketiak...heheh..penat wooo...
Ditambah lagi hujung minggu ada kenduri kawin. Uff...

Rabak
Minggu lepas minggu rabak gua. Rabak tak ingat. Bergerabak-gerabak gua rabak.
Gila..bajet gua lari. Tak terkejar gua...
Rabak gua membawa ke minggu ni. Sabar je lah..lagipun gua dah biasa rabak dulu.
Gua ingat lagi dulu, gua pernah lunch tengahari dengan egg tart sebijik.
Balik opis bancuh Nescafe, layan cicah....

Semangat
Semangat gua yang hilang dulu, telah kembali semula. Dah start top-up sikit-sikit.
Gua harap ia akan terus meningkat.Tidak merudum.
Gua perlu semangat itu. Gua harap partner gua tu boleh diharap. Harap semua berjalan lancar.
Semangat ini gua perlukan untuk berlari dan melompat lebih tinggi...setelah gua jatuh tersungkur....

Terkejut
Gua terkejut dengar berita yang pengarah Yasmin Ahmad telah meninggal dunia. Gua tak pernah tengok penuh (semua sikit-sikit) filem-filem yang beliau hasilkan.
Serius.Tapi gua memang minat dengan iklan-iklan yang beliau hasilkan. Setiap menjelang perayaan besar di Malaysia, gua memang menantikan iklan Petronas, yang selalunya diarahkan oleh beliau. Mesej yang ingin beliau sampaikan begitu genius cara penyampaiannya.

Moga roh beliau dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.



belasah saja!

Wednesday, June 3, 2009

Pertama

Hah! Ini adalah tulisan pertama gua dalam blog ni. Gua pun tak tau kenapa gua nak buat blog ni, dan kenapa gua perlu ada blog ni. Mungkin disebabkan era teknologi terkini kot yang mempengaruhi gua.


Gua pun tak pasti sama ada blog ni akan bertahan lama ataupun sekadar hangat-hangat taik ayam..(siapa la yang rajin pergi pegang taik ayam nih? Siap boleh tahu panas ke tak. Nasib baik dia tak sukat dengan thermometer...hahaha..) Gua harap gua boleh update selalu blog ni supaya lu orang semua boleh baca.


Oklah, cukup kot sebagai entri pertama gua. Nanti gua cerita lagi.


belasah saja!
Related Posts with Thumbnails