'Mak aih....' mana datang pulak awek cun
ala-ala pan-asian petang-petang main dekat area lombong tinggal ni.
"Err...takdelah saja duduk-duduk."
jawab aku spontan. Mata aku lantas men'scanning' awek tersebut lalu menghantar
data-data ke otak untuk menganalisa siapakah awek ini, kat mana aku pernah
jumpa, sedara aku ke dan apa yang dia buat kat sini?? Ternyata takde jawapan
dari hasil analisa itu.
"Ye ke?" awek tersebut senyum dan
ketawa kecil. "Boleh saya duduk sebelah awak?" tanya awek tu lagi.
Aku hanya mengangguk sambil mata aku melilau kiri dan kanan sambil dalam hati
berkata 'ada orang nak prank aku ke hapa ni?'
Tanpa aku kata yes or no, awek tersebut terus duduk bersila disebelah aku. Wanginya.
Risau pulak aku kot kena tangkap khalwat. Tapi kerisauan aku sedikit terhakis
kerana tak berapa jauh dari tempat aku melepak tu ada dua orang sedang
memancing.
“Saya Saffiyah…” ujarnya sambil senyum memperlihatkan
giginya yang putih tersusun rapi. Sumpah aku tak terpikir nak tanya nama dia, tapi kira ok gak la.
Hehehe.
“Err…saya Zafir” balas aku. Aku balas senyuman
Saffiyah. Tapi gigi aku kuning sikit la aku tengok pagi tadi kat cermin.
“Selalu lepak sini?” tanya Saffiyah. Angin
sepoi-sepoi bahasa yang bertiup turut membelai rambut panjang awek yang bernama
Saffiyah tu.
“Tak jugak. Kalau saya tension, boring…saya
datanglah lepak sini.” Balas aku.
Suasana hening seketika. Bagaikan ada malaikat lalu kata orang. Kedengaran hanya bunyi desiran angin yang melolosi rimbunan daun tempat kami melepak.
Suasana hening seketika. Bagaikan ada malaikat lalu kata orang. Kedengaran hanya bunyi desiran angin yang melolosi rimbunan daun tempat kami melepak.
"Zafir, awak tau tak? Dulu saya pernah jumpa naga dalam lombong
ni. Mesti awak tak percaya kan?" Spontan aku menoleh ke arah Saffiyah. Cuba untuk
memastikan yang awek ini seorang awek yang waras. Saffiyah menoleh ke arah
aku.
Dia senyum.
Peluh jantan mula terbit di dahi aku.
bersambung??
belasah saja!
Naga? naga jantan ke betina? (tolong tanyakan) haha
ReplyDeleteawek dan naga? HUH! penuh gaya lu menyambut awal muharram dengan kisah awek dan naga. hebat!
ReplyDeleteselamat meraikan tahun baru hijrah bro.
ride the dragon
manowar
sah pancing ...hehehhe
ReplyDelete