Saturday, August 21, 2021

Gila!

Tahun 2021, aku menyaksikan ramai orang menjadi gila. Bukan gila yang betul-betul 'gila', walaupun ada sahaja yang gila dengan kegilaan suasana dunia yang semakin menggila. Ini gila disebabkan oleh nafsu. Nafsu yang ditambah dengan dendam, kuasa, pangkat, kedudukan dan populariti. Semua ini datang dari satu ujian. Ya, umat kita memang akan duji dengan fitnah dahsyat, iaitu harta. Ada harta, kita saudara. Takde harta, tengok pun sebelah mata.

Tengok sahajalah kepimpinan negara kita. Bertukar lagi PM kita. Benda ni akan menjadi satu kitaran atau 'loop' selagi ada yang tak berpuas hati. Belum pun PM 9 kita mengangkat sumpah, sudah tular cerita yang berkaitan beliau tentang PRU di Sabah yang katanya telah menjadi punca kes Covid-19 meningkat. Hmm.. entahlah. Aku tak berapa gemar dengan kisah politik, tapi kena ambil tahu juga. Sebab kita punya hak dalam menentukan kepimpinan negara.

Pandemik ini juga banyak menimbulkan resah gelisah. Ramai terjejas. Pendapatan, hubungan kekeluargaan, pendidikan dan macam-macam lagilah. Ramai yang terganggu fikiran. Bagi aku ini bukan gila, cuma terganggu kesihatan.

Yang gila adalah orang yang gila harta, gila pangkat, gila kuasa. gila darjat, gila kedudukan. 

Gila!

belasah saja!

Saturday, June 26, 2021

Bebas Tapi Terpenjara

Wow, lamanya aku tak menjenguk di sini. Last post tahun 2018. Post 2018 pun post yang setelah lama aku tak merapu dalam blog. Baca balik tulisan blog aku dulu-dulu, bikin aku ketawakan diri sendiri. Macam ni aku dulu ye? Hahaha...!

Ye lah, itu jam, banyak masalah dalaman melanda, mencari dan tercari-cari arah (sekarang pun masih fine tuning walaupun merasa sudah terpandu), dan masa itu aku banyak bercakap dengan diri sendiri selain benda lain di sekeliling. 

2018 aku dah pun berhijrah keluar dari Kolumpo. Kolumpo bandar yang penuh dugaan. Bandar yang juga banyak peluang. Bandar yang penuh cabaran. Dalam 2016 sebenarnya aku keluar dari Kolumpo ke negeri Pantai Timur. Disini, suasana lebih aman dan tenang. Tiada terkejar-kejar, Rasa lebih selesa dan tenang di sini dari segi kehidupan. Alhamdulillah.

2017 aku cuba menulis balik dekat blog. Tapi dah takde feel lah.Aku cuba nak share muzik yang rare bunyinya. Tapi macam tu lah setakat share sahajalah. Lepas tu takde idea. Malas. Masa pun takde.

2020 rasa nak menulis tu ada. Tapi masa pulak takde. Aku cuba menulis dekat twitter. Sebab aku rasa menulis dekat twitter ni pendek-pendek je. Tapi lepas berkecimpung sejenak, twitter ni punya pegi aku macam tak in sangat. Dashyat sangat buah fikiran dan adab kelakuan komen-komen netizen kat twitter ni. (Dekat twitter orang lainlah, aku punya takde siapa nak baca dan komen. Hihihi....).

2020 juga tahun yang haru biru buat semua. Membawak sampai ke tahun ni, 2021. Dengan pandemik Covid-19, memang ramai terkesan. Lockdown membuat kita semua tak bebas bergerak. Tak boleh nak kemana-mana sangat beb! Sekarang baru rasa nikmat yang Allah bagi semasa dunia bebas dari virus Covid-19 ni. Kita ni bebas tapi terpenjara. Hmm... macam mana tu? Apa pun, Alhamdulillah, Allah lindungi kita dari Covid-19 ni. Harapan hujung tahun ni kita dah semakin pulih.

Pandemik ni memang bagi kesan pada ekonomi dunia. Ramai yang hilang punca pendapatan, Ada yang hilang pekerjaan, mengalami kemurungan dan macam-macam masalah timbul. Dekat sinilah hati dan iman kita betul-betul teruji. Kacau beb. 

Yang cari makan sendiri terpaksa kreatif macam mana nak surivive. Kebanyakan guna platform digital mcam Facebook untuk cari makan. Online busking, online gig, online class ... serba serbi secara online. Kita selagi mana boleh support kita support lah. 

Hidup ni beginilah. Ada naik ada turun. Begitu juga iman kita. Segala akan dibalas. Jadi kita azam setiap hari kita cuba buat kebaikan. Kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita. Insha Allah, bahagia kita dunia akhirat.

belasah saja!

Tuesday, March 27, 2018

Rare Muzik - Sleep Now in the Fire - Brass Against the Machine ft Sophia Urista - RATM Cover

Ini dia cover lagu Sleep Now in the Fire yang berbeza dari lagu asal. Melodi gubahan Andrew Gutauskas Brad Hammonds ini kedengaran sama pada 'tulang belakangnya' cuma ianya disuntik dengan elemen brass band. Boleh tahan dan unik. Tapi aku lebih gemar dengan versi asal yang lebih 'Rage'. Banyak lagi lagu Rage Against the Machine yang di'brass'kan oleh Brass Against the Machine ni. Layan.


belasah saja!

Monday, January 15, 2018

Rare Muzik - Nothing Else Matters - Postmodern Jukebox ft. Caroline Baran - Metallica Cover

Rasanya cuaca yang sejuk dingin kat Malaya sekarang ni memang layan lagu cenggini sambil pekena kopi secawan. Mari kita layan lagu yang digubah diluar norma lagu asal. Memang berbeza. Jom layan.



Amacam? Ada rasa macam cerita James Bond tak? Ke rasa nak tidur? 

belasah saja!
Related Posts with Thumbnails