Monday, August 16, 2010

Puase Dulu-dulu

Gua ingat lagi, time dulu-dulu, masa budak-budak dulu, time yang saspen ialah ketika ramai-ramai adik-beradik berlonggok depan t.v menantikan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja buat anouncement bila boleh start puasa. Itu jam, pakai t.v hitam putih yang ada pintu lagi. Belum upgrade. Bila tetiba t.v tu buat hal, siap la atas, tepi kiri kanan kena tepuk. Bila beliau bagi salam je, semua senyap. Saspen gile. Semua ternanti-nanti. Nampak ke tak anak bulan tu? Bagi gua time tu, kalau esok puasa, maknanya subuh nanti kena bangun sahur. Kalau lusa puasa, maknanya esok boleh lagi bedal makan dan minum kat kantin sekolah.

Memang saspen...lagi saspen dari citer Rambo...

Bila dah masuk bulan Ramadhan ni, kepala otak mesti ingat nak raya dah ni. Kepala dah tune bunga api, duit raya, baju baru sama kasut baru. Tapi, sebelum tu kena puasa dulu. Bila dah dekat 50 orang tua yang gua jumpa asyik sound gua, 'Orang tak puasa tak boleh raya', goyang jugak gua. Jadi, untuk menikmati hari raya seperti insan yang lain yang berkasut raya dan berbaju raya baru, gua kena la puasa.

Masa bebudak ni jugakla, banyak dakyah-dakyah songsang yang dikeluarkan oleh adik-beradik, sepupu sepapat dan kengkawan sebaya mengenai puasa. Memang tahap jahanam dia punya dakyah. Gua pun tak tau la kat mana diaorang ni menuntut. Antaranya, 'tak boleh telan air liur, nanti batal puasa.' Maka, kering kontang la tekak si Asan ni kerana asyik meludah. Jahanam si Asan. Kesian. Ataupun,
"Mak, macam mana ni...Ain nak terkentut sangat ni..."
"Hah, abis tu kentut je la...."
"Tak boleh, Ina cakap nanti batal puasa.." Kesian juga pada si Ain. Entah berapa lama dia menahan kentutnya. Nasib baik gua tak terpedaya dengan dakyah-dakyah songsang mereka. Keh keh keh...

Bulan puasa juga la gua dapat rasa makanan dan kuih yang 'rare'. Memang tak jumpa la time bulan biasa. Selalunya makanan dan kuih ni, mak gua yang buat ataupun jiran-jiran yang bagi. Dulu PaRam ni rasanya tak berapa nak masuk dalam industri sangat. Jadi kuih-kuih pilihan tu agak terbatas. Sekarang ni je gua tengok Ramadhan ni dah jadi macam pesta makanan pulak. Malu siot.

Ok, ni gua nak reveal trick cara-cara macam mana ibu-ibu kat kampung dulu-dulu nak mendapatkan variety kuih yang macam-macam ada. Si ibu akan buat satu jenis kuih berdasarkan resipi yang disalin dari rancangan t.v, radio dan juga kelas memasak anjuran KEMAS dalam kuantiti yang agak banyak. Dah siap, si ibu akan mengarahkan anak-anaknya untuk buat special delivery kuih tersebut ke rumah jiran-jiran. Jiran-jiran pulak akan membalas dengan kuih yang mereka buat. Bayangkan kalau 6 rumah jiran lu kena hantar? Berapa banyak jenis kuih lu dapat makan itu hari. Hah! Lumayan...Kat K.L ni je yang takde macam ni dah. Mana taknya, jiran pun tak kenal.

belasah saja!

5 comments:

  1. betullah apa yg ko rasa tu kemat puasa dulu lain..meriah seronok...ituhari masa tgk pengumuman puasa aku tgk muka pakcik engku ni dah tua sgt ye..nampak kurus sikit ..ngan mia aku ceritakan masa aku kecik dulu atok ni jugaklah bg pengumuman puasa ngan raya sampailah skang...mia pun terus kata"kalau gitu atok ni tua sgt la ye mama?" semoga pakcik engku terus diberi kesihatan yg baik oleh Allah SWT..

    ReplyDelete
  2. kt KL n bandar2 besar je yang tak buat dah kueh exchange...biasanya dulu kalau nak dapat reply kueh tuan rumah... selalu pesan nak terus bekas tuh... maksudnya... tolong balas lah kueh yang diberi tuh hehehe... sebab tak de tuppeware plastik lutsinar yang cam sekang ni...tupperware tu tak nak kasi balikpun tak pe...

    ReplyDelete
  3. @lynda: pengumuman raya rasanya lagi saspen..

    @UJ: sekarang semua senang bro...kuih pun org suka kuih tunjuk-tunjuk..

    ReplyDelete
  4. hmmm wahh..cam sama jerk pengalaman kiter kan...akak pun pernah lalui mcm tu gaks..jaman tecik2 dulu..hi3...yg best part delivery kuih tuh..

    ReplyDelete
  5. @hasney: hah...tah2 satu kampung..hahaha..

    ReplyDelete

Ada komen? Kalau ada mari tulis sini.

Related Posts with Thumbnails