Showing posts with label Sikit Punya Gila. Show all posts
Showing posts with label Sikit Punya Gila. Show all posts

Saturday, August 21, 2021

Gila!

Tahun 2021, aku menyaksikan ramai orang menjadi gila. Bukan gila yang betul-betul 'gila', walaupun ada sahaja yang gila dengan kegilaan suasana dunia yang semakin menggila. Ini gila disebabkan oleh nafsu. Nafsu yang ditambah dengan dendam, kuasa, pangkat, kedudukan dan populariti. Semua ini datang dari satu ujian. Ya, umat kita memang akan duji dengan fitnah dahsyat, iaitu harta. Ada harta, kita saudara. Takde harta, tengok pun sebelah mata.

Tengok sahajalah kepimpinan negara kita. Bertukar lagi PM kita. Benda ni akan menjadi satu kitaran atau 'loop' selagi ada yang tak berpuas hati. Belum pun PM 9 kita mengangkat sumpah, sudah tular cerita yang berkaitan beliau tentang PRU di Sabah yang katanya telah menjadi punca kes Covid-19 meningkat. Hmm.. entahlah. Aku tak berapa gemar dengan kisah politik, tapi kena ambil tahu juga. Sebab kita punya hak dalam menentukan kepimpinan negara.

Pandemik ini juga banyak menimbulkan resah gelisah. Ramai terjejas. Pendapatan, hubungan kekeluargaan, pendidikan dan macam-macam lagilah. Ramai yang terganggu fikiran. Bagi aku ini bukan gila, cuma terganggu kesihatan.

Yang gila adalah orang yang gila harta, gila pangkat, gila kuasa. gila darjat, gila kedudukan. 

Gila!

belasah saja!

Wednesday, August 21, 2013

Remake - Sikit Punya Gila dengan penampilan khas Metallica



Darma membetulkan remos rambutnya di depan cermin. Beberapa kali diusap-usap dengan jarinya agar rambutnya nampak sama macam Kirk Hammet dalam poster Metallica yang tergantung dalam bilik rumah bujangnya. Ahhh...sudah lama dia nantikan saat ini. Akhirnya, Metallica jejakkan kaki juga ke tanah Malaya ni. Malam ini adalah finalenya, final countdown, beginning of the end of the beginning dan apa-apa jelah.

******

Sesaat mendengar perkhabaran itu melalui kawan serumahnya, Amid, beliau terus mengumpul duit nak beli tiket. Raya punya budget pun kena potong. Ini tahun baju raya yang baru sepasang je. Duit raya kat anak buah pun potong 50%. Alang-alang nak pegi, biar tiket paling depan.

"Mid, nampak ni Mid...tiket Metallica Mid!" ujar Darma sambil mengunjukkan helaian kertas pada Amid yang tengah melayan Youtube drama Korea.

"Uihhh...banyak duit ko Ma...satu je ke?" tanya Amid.
"Dua la...takkan la aku nak lupa kawan. Nah ko simpan tiket ni baik-baik..ni tiga hari lagi je tau!" memang Darma nak surprisekan kawan sekampungnya tu. Bagi dia bukak mata sikit. Dok layan drama Korea aje. Darma tak sanggup kawannya itu terjeremus ke lembah K-Pop.
"Lagi satu, simpan rambut tu bagi panjang sikit..kalau idak macam mana nak head banging helikopter" ujar Darma walaupun rambutnya sendiri pun ala-ala je panjangnya. Amid mencebik, impossible baginya untuk rambut tumbuh 5 inci sehari.
Amid membelek tiket tersebut. 
"Uihhh...hat ni tiket paling depan. Eh, ko simpan je la tiket ni." Amid menghulurkan tiket tersebut ke Darma. Darma mengambil tiket tersebut dan menyimpannya dalam kocek sebelah kiri baju kerjanya. "Ok Mid, ko redi tau Mid, udah-udah le Korea tu, baik ko layan video lagu Metallica. Hapal sesikit. Boleh la nanti sing along."

****

Darma tersengih melihat Amid yang mengenakan baju T hitam bertulis Metallica. 
'Nampak metal ko Mid. Baguih.'  
Mereka sudah bersedia ke Stadium Merdeka. 3 hari sebelum Darma tidur tak lena. Asyik mengigau, kompelin Amid. 

Inilah masanya. Masa yang ditunggu telah tiba. Sebelum ni asyik dengar kat radio melalui kaset, kat video, kat kempiter, ini lah masanya tengok live. Darma teruja tak terkata.


Tiba-tiba.....satu persoalan menerjah minda Darma.

"Eh mana tiket hari tu Mid?" tanya Darma.

"Bukan ke ko yang simpan itu hari?" jawab Amid.

"Eh...aku simpan dalam kocek baju kerja aku kan?" ujar Darma gelabah. Mukanya sikit pucat.

"Ha...ye la...semalam kan ko suruh aku pegi hantarkan ke Dobi." tegas Amid.

"Alamak......!!" Darma menepuk kepala.

Haaabbbeeeshhhh.


belasah saja!
Related Posts with Thumbnails