Ini adalah cubaan gua untuk menulis cerita yang serius. Gua rasa memang gua tak boleh pegi la....Hahaha... Gua rasakan imiganisi dan research yang hebat amat la perlu dalam menulis cerita-cerita sebegini. Jadi salut gua pada penulis-penulis di luar sana..
Lombong
1
Petang itu cuaca agak redup. Dengan kehadiran
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa agak mententeramkan jiwa aku yang tengah
kacau.
Dan berserabut
Di tepi lombong ini, di bawah rendang pohon yang
aku pun tak tahu apa jenisnya aku duduk di situ. Santai. Kononnya cuba untuk
melarikan diri dari permasalahan dunia yang huru hara. Permasalahan ini macam
bayang-bayang. Sentiasa mengekori bila ada cahaya. Jadi aku perlukan tempat
yang redup dan tenang supaya bayang-bayang permasalahan aku tak dapat muncul.
Jadilah, walaupun sekejap.
Sedang aku leka termenung memerhatikan riak-riak
air yang ditiup angin di lombong tinggal ini, terdengar ada satu suara yang
lembut menegur aku dari belakang.
"Memancing ke bang?" Aku tak pasti
soalan tersebut sekadar mahu berbudi bahasa atau sang empunya diri itu memang
rabun sebab memang tak ada joran, jala, bubu, pukat tunda mahupun peralatan
memancing yang berada di sekitar aku.
Tapi yang pasti suara itu datangnya dari seorang
awek.
2
Lantas aku menoleh untuk melihat siapakah empunya
diri.
'Mak aih....' mana datang pulak awek cun
ala-ala pan-asian petang-petang main dekat area lombong tinggal ni.
"Err...takdelah saja duduk-duduk."
jawab aku spontan. Mata aku lantas men'scanning' awek tersebut lalu menghantar
data-data ke otak untuk menganalisa siapakah awek ini, kat mana aku pernah
jumpa, sedara aku ke dan apa yang dia buat kat sini?? Ternyata takde jawapan
dari hasil analisa itu.
"Ye ke?" awek tersebut senyum dan
ketawa kecil. "Boleh saya duduk sebelah awak?" tanya awek tu lagi.
Aku hanya mengangguk sambil mata aku melilau kiri dan kanan sambil dalam hati
berkata 'ada orang nak prank aku ke hapa ni?'
Tanpa aku kata yes or no, awek tersebut
terus duduk bersila disebelah aku. Wanginya. Risau pulak aku kot kena tangkap khalwat.
Tapi kerisauan aku sedikit terhakis kerana tak berapa jauh dari tempat aku
melepak tu ada dua orang sedang memancing.
“Saya
Saffiyah…” ujarnya sambil senyum memperlihatkan giginya yang putih tersusun
rapi. Sumpah aku tak terpikir nak tanya nama dia, tapi kira ok gak la. Hehehe.
“Err…saya Zafir” balas aku. Aku balas senyuman
Saffiyah. Tapi gigi aku kuning sikit la aku tengok pagi tadi kat cermin.
“Selalu lepak sini?” tanya Saffiyah. Angin
sepoi-sepoi bahasa yang bertiup turut membelai rambut panjang awek yang bernama
Saffiyah tu.
“Tak jugak. Kalau saya tension, boring…saya
datanglah lepak sini.” Balas aku.
Suasana hening seketika. Bagaikan ada
malaikat lalu kata orang. Kedengaran hanya bunyi desiran angin yang melolosi
rimbunan daun tempat kami melepak.
"Zafir, awak tau tak? Dulu saya pernah jumpa
naga dalam lombong ni. Mesti awak tak percaya kan?" Spontan aku menoleh ke
arah Saffiyah. Cuba untuk memastikan yang awek ini seorang awek yang waras. Saffiyah
menoleh ke arah aku.
Dia senyum.
Peluh jantan mula terbit di dahi aku.
3
“Merepeklah awak ni. Mana ada naga…”
Aku menidakkan minah sorang ni.
“Rilekslah…awak ingat saya ni
terlepas dari wad mental ke?” Saffiyah senyum lagi. Aku geleng kepala sambil
buat-buat sengih.
“Saya main-main je. Maksud saya,
lombong ni nampak tenang. Tapi di dalam dan di dasarnya apa yang ada pun kita
tak tau. Entah-entah ada naga? Siapa tau?” sambung Saffiyah lagi.
Aku cuma mengangguk. Benar juga kata
minah ni. Siapa tau dalam lombong ni ada naga? Ada Loch Ness? Ada ikan Toman
sebesar bot laju? Siapa tau?
“Awak pun macam lombong ni. Saya
tau. Tengok raut wajah awak pun saya tau. Tenang…tapi dalam hati tu ada naga.
Tunggu masa nak keluar bila dikejutkan.” Saffiyah menambah lagi dan aku jadi
makin pening dengan minah ni.
Tapi, lagi sekali aku membenarkan kata-kata minah sorang ni. Dalam hati dan
diri manusia ni takde siapa yang tahu. Entah-entah ada naga? Ada taman? Ada api
dendam yang membara? Ada salju yang menyejukkan? Siapa yang tahu? Hanya Tuhan
saja yang tahu apa yang ada dalam hati manusia ni.
Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu
baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak
dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang
dimaksudkan ini adalah hati.
“Awak ni ada belajar tilik nasib
ke?” tanya aku dengan niat menyindir.
“Hahaha…awak ni kelakar jugak ye.”
Entah bila masa aku buat lawak? Tapi kira orait la jugak. Minah ni gelak,
nampak comel. Ada lesung pipit kiri kanan pulak tu. Sewitt.
Suasana menjadi hening lagi sekali.
“Saya tak pernah nampak awak kat area ni. Awak
baru pindah ke?” tanya aku.
4
Sungguh, memang aku tak pernah nampak minah ni.
Kalau dia ni dah wujud lama kat kawasan Padang Bukit tempat aku duduk selama 20
tahun ni, mesti dia ni dah jadi top ten awek pilihan kat sini dan dah masuk
list dalam senarai Antara Gadis Azmi a.k.a Mie Romeo.
“Actually, saya baru je pindah ke sini dari K.L.
Sini kampung ayah saya. Sebelum ni family saya memang jarang balik ke sini.
Parents saya sibuk sangat. Kalau balik pun sekejap-sekejap. Ni parents saya dah
pencen awal sukarela. Jadi diaorang ambil keputusan pindah sini” Ujar Saffiyah.
Baju kemeja kotak-kotak bertemakan warna hijau dikenakan dengan seluar jeans menambahkan
lagi kesewittan (bahasa apa ni?) Saffiyah.
5
“Kali ni, apa yang membuatkan awak datang ke sini?
Frust? Tension?” Saffiyah menoleh ke arah aku. Senyum (lagi...)
Memang aku tak nafikan, kepala aku agak
berserabut dan berat dengan pelbagai masalah ketika ini. Tapi selalunya aku
lebih suka memendamkan saja. Tidak mahu berkongsi. Tidak mahu bercerita dengan
orang lain. Kawan itu ada, cuma tiada yang rapat. Jadi, aku lebih suka duduk di
sini, di tepi lombong ini. Berfikir sambil merenung takungan air lombong yang
tenang ini, merenung ke langit yang biru dan melihat apa saja yang ada disekeliling lombong ini.
Aman. Aku rasa aman sekali.
Aku menoleh ke arah Saffiyah dan menghadiahkan
dia satu senyuman kelat, “Hehe..nak frust apanya? Biasalah…kita manusia ni
macam-macam masalah. Saya datang sini nak tenangkan fikiran je. Sini tenang
sikit. Awak? Buat apa pulak kat sini?”
“Sama jugak macam awak. Mencari tempat yang
tenang untuk bertenang.”
“Awak ada masalah sekarang?” tanya aku. Kelihatan
seekor ikan jenis talapia menari-nari di permukaan air.
“Sama macam awak katakan tadi. Semua manusia ada
macam-macam masalah. Saya cuba mencari jawapannya disini. Itupun kalau ada.”
Jawab Saffiyah.
“Macam mana bunyinya masalah awak tu? Boleh awak
cerita sikit?”
“Entahlah. Mungkin mainan emosi saya juga. Saya
selalu rasa kecewa bila benda yang saya nak, tak dapat. Baru-baru ni saya dapat
berita yang saya tak diterima belajar di universiti yang saya pohon di US.
Hmm…saya frust sangat. Papa dan mama pujuk saya study di Malaysia saja. Tak nak
saya. Hanna, Dolly, Farah semua dapat ke sana.” Saffiyah mencebik. Terpancar
raut kecewa yang amat sangat dari wajahnya. Hilang senyum manis.
Aku senyum saja sambil mengutip batu-batu kecil.
“Sama saja kan? US ke, Malaysia ke. Janji kita dapat belajar.”
“Sama je ayat awak dengan ayat mama saya. Huh…”
“Awak patut bersyukur. Sekurang-kurangnya awak
masih mampu nak sambung belajar.” Aku melontarkan sebiji batu kecil yang aku
kutip tadi. “Kalau awak jadi saya, mesti awak tak rasa apa yang awak rasa
sekarang.” Aku menyambung lagi.
“Kenapa? Apa kena mengena dengan awak?” Tanya
Saffiyah.
“Macam nilah cik Saffiyah. Mungkin cerita saya ni
agak cliché, tapi inilah realitinya. Saya memang teringin nak sambung belajar,
tapi peluang itu takde. Keluarga saya susah. Peluang itu seolah-olah tertutup
buat saya. Saya kena kerja nak sara keluarga saya. Tapi saya tak mahu berhenti
mengharap, sebab saya yakin masih ada jalan lain lagi.”
“Macam drama Melayu…” Kuntum senyum kembali ke
wajah Saffiyah. Tapi masih tawar.
“Hehe….kan saya dah cakap tadi. Tapi kan, kita bila
berdepan dengan masalah, patutnya kita tengok orang yang dibawah kita. Maksud
saya, kita patut menilai diri dengan orang yang nasibnya lagi teruk. Kalau kita
tengok nasib orang yang lebih baik dari kita, memang kita takkan rasa bersyukur
dan berterima kasih. Mesti rasa tak puas hati. Mesti kita fikir kenapalah dia
ni lebih daripada aku? Betul tak?” Aku lantas berdiri dan membuat satu lontaran
batu kecil ke permukaan lombong.
“Betul, betul, betul. Macam pakar motivasi la
awak ni.” Manis sudah kembali ke wajah Saffiyah semula bersama senyuman.
Aku membuat lontaran lagi. “Ni pun saya cedok
ustaz saya kata. Ustaz saya kata lagi, dalam bab ibadah pulak, ia terbalik.
Kita kena tengok orang yang lagi power daripada kita. Kan?”
“Yup. Memang betul. Akhirnya saya jumpa
jawapannya di sini. Terima kasih.” Saffiyah turut berdiri di sebelah aku.
Berpeluk tubuh.
“Sama-sama.” Jawab aku.
“Ok. Macam mana pulak masalah awak tu?”
“Ehm…entahlah. Saya serahkan pada takdir. Follow
the flow..” aku tunduk. Memang aku buntu. Tapi aku tak mahu putus harap. Cuma
kali ini aku memang tepu untuk berfikir.
“Mungkin saya boleh tolong awak. Nanti saya
tanyakan pada papa saya. Dia ada banyak kawan yang mungkin boleh tolong awak
dapatkan kerja, dan sambil tu awak boleh sambung belajar” ujar Saffiyah
bersemangat sekali. Seakan ketua bahagian pemudi parti politik lagaknya.
“Kerja sambil belajar?”
“Yes. Tak mustahil bukan? Setiap masalah pasti
ada penyelesaian.” Saffiyah menghadiahkan aku senyumannya yang manis sekali
lagi.
Aku membalas senyuman Saffiyah. Memang benar,
kalau kita berbincang dan bermesyuarat tentang satu permasalahan, pasti kita
akan dapat jawapan dan penyelesaiannya. Dan kali ini terjadi pada aku dan
Saffiyah.
Aku kembali duduk. Saffiya menuruti perlakuan
aku. Dia duduk di sebelah kananku. Kami sama-sama merenung permukaan lombong
yang menguning hasil biasan cahaya mentari yang semakin susut kuasa sinarnya.
Sedang aku menikmati pemandangan yang asyik itu
aku terdengar sayup-sayup namaku dipanggil. Aku menoleh ke arah kiri di mana arah
suara itu datang. Diselang-seli juga dengan nama Saffiyah. Mata aku masih tidak
dapat menangkap kelibat manusia yang memanggil nama kami. Tapi suara itu makin
lama makin mendekati.
Tiba-tiba, aku ternampak satu suluhan cahaya
putih yang terang menerjah masuk tepat ke mata aku. Aku pejamkan mata sambil
memalingkan kepala aku ke arah duduknya Saffiyah. Sakit dan pedih. Dengan
perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku sedikit. Masih sakit dan pedih. Dan
dari celahan pandangan mata aku yang terbatas itu aku dapati Saffiyah sudah
tiada di tempat duduknya.
Aku mencari kelibat Saffiyah disekeliling.
Apabila ku menoleh saja ke arah kiri aku dapati Saffiyah sudah terbaring.
Bagaimana dia boleh berubah tempat dengan sekelip mata? Aku tiada jawapannya.
Suluhan cahaya putih masih galak menyerang mata aku menyebabkan kepala aku
terasa berat. Sangat berat. Lantas aku hilang pertimbangan dan terbaring.
Seluruh otot tubuh aku terasa bagai dikunci. Aku tidak mampu bergerak.
“Kita sudah jumpa mereka!” itulah ayat terakhir
yang menerobos masuk ke telinga aku sebelum aku rasakan diriku melayang dan
terawangan di udara. Selepas itu tiada apa yang dapat aku rasakan, melainkan
kegelapan yang panjang.
Apabila aku membuka mata, berdiri di hadapan aku
seorang lelaki berumur yang aku tidak kenali. Ditemani seorang wanita yang juga
tidak aku kenali. Mereka menghadiahkan satu senyuman pada aku. Aku dapati aku
terbaring di atas katil. Aku dihospital rupanya.
“Terima kasih nak…” ucap lelaki itu.
Aku memejamkan mata. Lantas,seperti tayangan
wayang gambar lama, bayangan seorang gadis yang berdiri di tepi lombong muncul
di hadapan mata aku. Lalu gadis itu terjun ke dalam lombong. Kedalaman lombong
itu menenggelamkan gadis itu. Terkapai-kapai tangan gadis itu. Lemas!
Tak semena-mena entah dari mana muncul pula
kelibat seorang lelaki dan terjun menyelamatkannya. Wajahnya tidak jelas. Tapi
aku memang kenal lelaki itu. Lelaki itu cuba menarik baju gadis itu, tapi agak
sukar. Lelaki itu juga kelihatan seperti kelemasan. Setelah beberapa kali,
lelaki itu berjaya juga memegang baju gadis itu dan menariknya ke tepi tebing
lombong. Kedua-duanya kehabisan tenaga. Kedua-duanya kehabisan udara. Lalu terbaring
kaku. Dari bayangan itu aku dapati gadis itu ialah Saffiyah. Dan...lelaki
itu adalah diri aku sendiri.
Aku membuka mata. “Saffiyah macam mana?” aku
bertanya.
Lelaki itu menoleh ke arah wanita itu seperti
kehairanan. “Saffiyah selamat. Dia o.k. Pakcik ucapkan terima kasih pada anak.
Tapi….macam mana anak tahu nama anak pakcik tu?”
Aku tersenyum. Macam mana aku tahu nama Saffiyah
memang sukar untuk aku jelaskan pada lelaki dan wanita itu. Aku pejamkan mata.
Aku mahu berehat.
Selepas itu tiada apa yang dapat aku rasakan, melainkan
kegelapan yang menenangkan.
-Tamat-
belasah saja!