Tuesday, May 21, 2013

Mira


Satu hari, masa gua duduk kampung mengabihkan bogheh mak bapak gua, gua telah bercadang pada itu hari iatu pada satu hari tu lah untuk ke pekan sekejap. Gua dressing sesedap mata aweks aweks memandang supaya mereka tidak keliru di antara gua dan maskot tahun melawat Malaya iaitu Zila.

Sudah puas dihati dan terasa diri sudah kelihatan seperti Amy Shearch, gua pun melangkah ke pintu dengan langkah yang sungguh gua kira bergaya sekali. Lantas gua melompat ke atas kenderaan rasmi gua ketika itu iaitu basikal. Ni pun gua pinjam mak gua punya. Ini aje yang mampu masa tu. Tanpa melengahkan masa, kaki gua lantas menolak tongkat dengan penuh bergaya sekali dan gua pun memulakan kayuhan persis seperti M.Kumaresan. Pergh....

Dalam lebih kurang 20 kayuhan yang gua buat, gua terserempak dengan Mira. Gua menarik brek. Celake brek tak makan pulak! Lalu terkangkang kangkang gua cuba membrek menggunakan kaki. Mujur kuda-kuda gua power pada ketika itu hasil daripada berenang di lombong pada hujung minggu. Mira seolah tak pedulikan gua. Dia meneruskan lenggok 'catwalk'nya.

"Mira! Eksyen kamu ye...?" tegur gua. Mira menoleh. Matanya merenung mata gua dengan renungan yang tajam.

"Mana kamu pegi Mira? Lama tak nampak?" Mira menyeringai. Mira ni memang lawa dan gebu. Ramai yang minat dengan Mira.

"Kamu pergi ikut jantan rumah tu ye?" gua mengarahkan jari telunjuk ke rumah papan dua tingkat tak jauh dari tempat kami bertembung.

Tiba-tiba gua terdengar bunyi basikal daripada belakang. Gua membatukan diri. Begitu juga Mira. Gua menoleh sedikit agar mata gua boleh menjeling pada sudut yang membenarkan gua melihat siapa yang datang. Ohh...Mak Cik Mon rupanya. Harap dia tak nampak dan dengar apa yang gua bualkan dengan Mira.

"Aje nye ye yop cakap dengan kucing....?" tegur Mak Cik Mon.

Gua hanya mampu tersengih. Mira mengiau lantas melangkah ke rumah papan dua tingkat itu.

"Balik!!! " dengan nada berbisik gua menjerit pada Mira.


belasah saja!

1 comment:

Ada komen? Kalau ada mari tulis sini.

Related Posts with Thumbnails