Friday, June 26, 2009

Gua, Mercedes dan ...“Saiya pun nak jadi jutawan jugak…!”

Gua tengah jalan kaki menuju ke stesen LRT. Rutin. Tiba-tiba sebuah kete Mercedes lalu tepi gua. Perghh..memang cun wa cakap lu. Kete dan orang yang bawak kete tu. Heheh…

Kalau dah cun, mestila awek kan..takkan la pokok balak. Muda lagi. Hmm..terpikir gua, mana la dia ni dapat duit beli kereta macam ni. Hati gua yang penuh hasad dengki mula berkata, ‘Ni mesti bapak dia orang-orang kaya jajahan ni. Heh..tak pun ada syugededi yang bela dia nih.’

Bila la gua boleh beli kete camni ye. Gua seluk poket…ada 20 sen. Gua seluk poket belakang, keluarkan dompet…selak sikit berapa riban gua ada…cheh! Tak sampai 20 hengget. Ni nak bayar daun pemen pun tak lepas.

Gua congak lagi...gaji gua sebulan pun belum tentu cukup nak bayar instolmen kete nih. Hmm..gua kena bisnes baru boleh kumpul duit beli kete Mercedes nih. Gua kena bisnes yang bajet juta-juta punya baru boleh. Nak bisnes apa time ekonomi meleset cam ni? Nak buat pinjaman pun ahhh…banyak karenah dah tape warna merah.

Gua perah otak gua lagi…gua kena bisnes yang cepat dapat untung. Gua rasa bisnes yang cepat kaya ni jual dadah dan jual pompuan je la. Huh..setan betul. Tak pun gua pegi tikam loteri, main 4D ataupun main kuda…sekali meletup juta-juta..wahh..kaya gua! Hah..ni pun iblis.

Tiba-tiba terngiang-ngiang kat telinga gua ayat keramat yang gua dengar dari iklan Tongkat Ali Power Root, “Saiya pun nak jadi jutawan jugak…!” kata pakcik dari iklan tu dengan penuh semangat nak jadi kaya dengan beli banyak-banyak dan minum tongkat ali sampai mabuk. Yang ni tak salah..tapi..boleh ke?

Eh dah sampai stesen dah? Hmm…naik LRT pun ok wat? Boleh cium bau ketiak yang pelbagai aroma. Ada bau Bersace, Kristin Diyor, Kelvin Kelain, Dabidoff…hah..macam macam ada…lain kali je la Mercedes.

Huhu…Bila la gua nak tersepak duit juta-juta nih.

belasah saja!

No comments:

Post a Comment

Ada komen? Kalau ada mari tulis sini.

Related Posts with Thumbnails