Friday, November 13, 2009

Tumpang Tanya, Jalan Nak Pergi Jerman Ikut Mana?

"Gila baboon punya sejuk ni Meon!" kata gua sambil meniup tapak tangan. Gila air yang keluar dari kepala paip kat Cameron Highland ni punya la sejuk. Macam ais batu yang orang dok buat ais kepal tu. Gua bajet orang Cameron ni mesti jarang mandi pagi nih.

"Heh, ini baru sikit je bro...dulu masa aku pergi Russia, lagi sejuk..." balas Meon sambil buat muka bangga sambil hidung kembang kempis. Itu kalau masukkan hulu que kayu snooker pun lepas. Terpikir pulak gua. Bila masa la pulak mamat ni pergi Russia, Golok yang dekat pun tak pernah pergi apatah lagi Russia. Ntah-ntah passport pun takde. Tapi tak mustahil dizaman globalisasi dan era tiket kapal terbang murah ni.

Ahh..malas gua nak amik pot. Tapi gua teringin nak pergi Jerman. Tapi takde kapal terbang tiket murah pergi sana. Macam mana ye?


belasah saja!

Monday, November 2, 2009

Kuala Lumpur




Kuala Lumpur,
kota yang penuh janji dan harapan,
kota yang penuh kegembiraan dan kekecewaan,
kota yang menjanjikan kegagalan dan kejayaan.

Kuala Lumpur,
pahala dan dosa dimana-mana,
berbagai cerita suka dan duka,
melanda resah jiwa manusia.

Kuala Lumpur,
disini tercampaknya anak desa,
datang dengan penuh cita-cita dan cinta,
terperangkap akhirnya dengan duniawi dan masa.

Kuala Lumpur,
walau banyak cerita mu,
walau berjuta ranjau mu,
Engkau tetap menjadi destinasi,
Kerana aku, dia dan mereka yakin disinilah takdir kita.


Hasil dari rasa jiwa yang bergelora: bofoyengfeng, ahad, 01/11/09

Foto cilok pinjam dari www.trekearth.com

belasah saja!

Thursday, October 22, 2009

Spesis Apakah Ini? - # 1

Ada satu spesis manusia yang ada lesen memandu kereta. Spesis ni selalunya memandu kereta sukan atau kereta ala-ala kereta sukan macam kereta Kancil konvert turbo geren periks. Selalunya kereta spesis ni mempunyai ekzos yang mengeluarkan tahap decibel yang tak tercapai dek telingamu. Gegendang telinga selalunya akan bergegar rasa macam nak pecah kalau dengar bunyi ekzos kereta diorang ni sebab bukannya sedap sangat kalau nak dibandingkan dengan lagu kumpulan Mit Angkel Usin.

Spesis ni mempunya kecendurangan untuk merempit dijalan yang sempit, dijalan disekitar gerai yang penuh dengan orang yang sedang makan, dijalan raya tengah jem tak ingat dan dikawasan perumahan yang aman damai. Motifnya tidaklah diketahui. Ini disebabkan mereka hanya merempit dalam sekitar 0-150 meter sahaja, dan selepas itu berhenti masuk parking tak pun berhenti kat traffic light. Mungkin untuk menunjukkan bunyi ekzos serta bunyi blow off 'pish' pish' mereka mampu memberi tindakbalas kimia kepada manusia lain dimana tenaga bunyi yang diterima oleh telinga manusia lain akan memberi isyarat kepada otak manusia supaya manusia lain akan berkata paling tidak dalam hati mereka "Fuyyooo...power gila kereta tu, siapa la yang bawak..mesti power jugak" Tapi malangnya mengikut kajian Universiti Oxperd yang dijalankan selama 5 tahun, kebanyakannya manusia akan menyumpah dek rangsangan bunyi ekzos yang dikatakan power gile baboon oleh mereka.

Sekadar gambar untuk menghias.

Spesis ini memang banyak sudah wujud dinegara ini. Spesis ini juga datang dengan kecenderungan yang lain seperti tukar lane tak bagi signal, cucuk angin, potong secara memancung dan berbagai lagi perbuatan yang tak semenggah dan menunujukkan semangat 1Malaysia.

Spesis apakah ini? Dan dari mana ia datang? Sepatutnya spesis ini join spesis yang berada di litar lumba saja. Hmmm....


belasah saja!

Monday, July 27, 2009

Cerita Minggu Lepas

Masa
Minggu lepas, puff...amik ko sebeban kerja nak kena siap.
Gua off tulis blog ni..
Gua bukan penulis sepenuh masa. Dan gua tak tau samada benda yang gua tulis ni ada orang nak baca ke tak?
Kalau ada, oklah. Kalau takde gua baca sendiri je lah..hahah! Mana sempat gua tulis, gua tekan je.

Penat
Minggu lepas punya penat tak abis lagi. Membawa ke hari ni. Penat kerja campur penat nak pegi dan balik keje.
Ye lah, gua naik pablik transport je. Nak pegi dan keluar stesen dari stesen berapa puluh anak tangga gua kena panjat dan turun.
Silap-silap kalau di campur semua, sama dengan bilangan anak tangga ke Batu Caves. Tu pasal bodi gua maintain beb... Tu belum campur penat berdiri, campur tahan napas bau ketiak...heheh..penat wooo...
Ditambah lagi hujung minggu ada kenduri kawin. Uff...

Rabak
Minggu lepas minggu rabak gua. Rabak tak ingat. Bergerabak-gerabak gua rabak.
Gila..bajet gua lari. Tak terkejar gua...
Rabak gua membawa ke minggu ni. Sabar je lah..lagipun gua dah biasa rabak dulu.
Gua ingat lagi dulu, gua pernah lunch tengahari dengan egg tart sebijik.
Balik opis bancuh Nescafe, layan cicah....

Semangat
Semangat gua yang hilang dulu, telah kembali semula. Dah start top-up sikit-sikit.
Gua harap ia akan terus meningkat.Tidak merudum.
Gua perlu semangat itu. Gua harap partner gua tu boleh diharap. Harap semua berjalan lancar.
Semangat ini gua perlukan untuk berlari dan melompat lebih tinggi...setelah gua jatuh tersungkur....

Terkejut
Gua terkejut dengar berita yang pengarah Yasmin Ahmad telah meninggal dunia. Gua tak pernah tengok penuh (semua sikit-sikit) filem-filem yang beliau hasilkan.
Serius.Tapi gua memang minat dengan iklan-iklan yang beliau hasilkan. Setiap menjelang perayaan besar di Malaysia, gua memang menantikan iklan Petronas, yang selalunya diarahkan oleh beliau. Mesej yang ingin beliau sampaikan begitu genius cara penyampaiannya.

Moga roh beliau dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.



belasah saja!

Friday, June 26, 2009

Gua, Mercedes dan ...“Saiya pun nak jadi jutawan jugak…!”

Gua tengah jalan kaki menuju ke stesen LRT. Rutin. Tiba-tiba sebuah kete Mercedes lalu tepi gua. Perghh..memang cun wa cakap lu. Kete dan orang yang bawak kete tu. Heheh…

Kalau dah cun, mestila awek kan..takkan la pokok balak. Muda lagi. Hmm..terpikir gua, mana la dia ni dapat duit beli kereta macam ni. Hati gua yang penuh hasad dengki mula berkata, ‘Ni mesti bapak dia orang-orang kaya jajahan ni. Heh..tak pun ada syugededi yang bela dia nih.’

Bila la gua boleh beli kete camni ye. Gua seluk poket…ada 20 sen. Gua seluk poket belakang, keluarkan dompet…selak sikit berapa riban gua ada…cheh! Tak sampai 20 hengget. Ni nak bayar daun pemen pun tak lepas.

Gua congak lagi...gaji gua sebulan pun belum tentu cukup nak bayar instolmen kete nih. Hmm..gua kena bisnes baru boleh kumpul duit beli kete Mercedes nih. Gua kena bisnes yang bajet juta-juta punya baru boleh. Nak bisnes apa time ekonomi meleset cam ni? Nak buat pinjaman pun ahhh…banyak karenah dah tape warna merah.

Gua perah otak gua lagi…gua kena bisnes yang cepat dapat untung. Gua rasa bisnes yang cepat kaya ni jual dadah dan jual pompuan je la. Huh..setan betul. Tak pun gua pegi tikam loteri, main 4D ataupun main kuda…sekali meletup juta-juta..wahh..kaya gua! Hah..ni pun iblis.

Tiba-tiba terngiang-ngiang kat telinga gua ayat keramat yang gua dengar dari iklan Tongkat Ali Power Root, “Saiya pun nak jadi jutawan jugak…!” kata pakcik dari iklan tu dengan penuh semangat nak jadi kaya dengan beli banyak-banyak dan minum tongkat ali sampai mabuk. Yang ni tak salah..tapi..boleh ke?

Eh dah sampai stesen dah? Hmm…naik LRT pun ok wat? Boleh cium bau ketiak yang pelbagai aroma. Ada bau Bersace, Kristin Diyor, Kelvin Kelain, Dabidoff…hah..macam macam ada…lain kali je la Mercedes.

Huhu…Bila la gua nak tersepak duit juta-juta nih.

belasah saja!

Wednesday, June 17, 2009

Dulu...Sekarang



Dulu, orang ke laut menangkap ikan, menjadi nelayan.
Sekarang, orang ke laut pergi ke pelantar minyak, menggerudi dasar laut, menyedut emas hitam, duduk di laut berselang seli dengan darat. Jangan lupa daratan sudahlah.

Dulu, orang ke hutan mencari akar kayu, rotan, memburu binatang.
Sekarang orang ke hutan untuk jungle trekking, menikmati kehijauan bumi yang semakin pudar, juga orang ke hutan untuk untuk menebang balak, tapi yang iye nya mencuri balak.

Dulu rege karipap 2 kupang sebijik. Sekarang mana nak dapat Yong oii… 4 kupang sebijik. Beli 5 dah 2 rengget. Kalau nak jugak yang 2 kupang punya, buat le sendiri, rege tepung dah naik Yong oii…

Dulu kita yang berpendapatan rendah, tak merasa le nak bawak kereta sendiri. Kalau dapat pun bertahun menghimpun duit bawah tilam, tu pun dapat le kereta sekenhen yang nak roboh. Sekarang, kita yang berpendapatan rendah boleh la merasa nak bawak kereta sendiri. Takdela naik motor E pangkah Lima kita yang satu tu satu famili lagi. Kalau hujan, basah le kita.

Dulu, budak-budak main konda-kondi, congkak, batu seremban, layang-layang, gasing, nyorok-nyorok, galah panjang. Sekarang budak-budak main PS3, skateboard, roller blade, online games, yang main rempit-rempit pun banyak juga…

Dulu kat KL ni, bas mini, selain bas Sri Jaya (bukan Basri bin Jaya ye..) merupakan pengangkutan awam yang paling cepat dan effisien. Terngiang-ngiang telinga ni arahan dari co-pilot (konduktor bas le)....”masuk dalam lagi, dalam lagiii….” Lain macam bunyinye ye Yop…hehe.. Sekarang semua naik tren saja. Tapi sardin tu tetap sardin le beb…

Dulu kita susah, dan sekarang kita senang. Masa sekarang akan jadi masa dulu, kalau kita senang sekarang, mungkin kita akan susah kemudian. Beringat-ingat ketika kita tengah senang sekarang, supaya tak susah kemudian.

Dulu kita susah, dan sekarang pun susah, malah lagi susah. Bersabar dan berusahalah, setiap perkara ada hikmahnya. Mungkin, Allah nak bagi kita kesenangan yang berlipat kali ganda, dan kesusahan yang kita lalui sekarang menjadikan kita sentiasa ingat kepadaNya dan dari mana asal usul kita beb.

**
Rege = Harga
Sekenhen = Second Hand
E pangkah Lima = Honda EX5

kredit gambar = Bits & Pieces

belasah saja!

Wednesday, June 3, 2009

Pertama

Hah! Ini adalah tulisan pertama gua dalam blog ni. Gua pun tak tau kenapa gua nak buat blog ni, dan kenapa gua perlu ada blog ni. Mungkin disebabkan era teknologi terkini kot yang mempengaruhi gua.


Gua pun tak pasti sama ada blog ni akan bertahan lama ataupun sekadar hangat-hangat taik ayam..(siapa la yang rajin pergi pegang taik ayam nih? Siap boleh tahu panas ke tak. Nasib baik dia tak sukat dengan thermometer...hahaha..) Gua harap gua boleh update selalu blog ni supaya lu orang semua boleh baca.


Oklah, cukup kot sebagai entri pertama gua. Nanti gua cerita lagi.


belasah saja!
Related Posts with Thumbnails