Wow, lamanya aku tak menjenguk di sini. Last post tahun 2018. Post 2018 pun post yang setelah lama aku tak merapu dalam blog. Baca balik tulisan blog aku dulu-dulu, bikin aku ketawakan diri sendiri. Macam ni aku dulu ye? Hahaha...!
Ye lah, itu jam, banyak masalah dalaman melanda, mencari dan tercari-cari arah (sekarang pun masih fine tuning walaupun merasa sudah terpandu), dan masa itu aku banyak bercakap dengan diri sendiri selain benda lain di sekeliling.
2018 aku dah pun berhijrah keluar dari Kolumpo. Kolumpo bandar yang penuh dugaan. Bandar yang juga banyak peluang. Bandar yang penuh cabaran. Dalam 2016 sebenarnya aku keluar dari Kolumpo ke negeri Pantai Timur. Disini, suasana lebih aman dan tenang. Tiada terkejar-kejar, Rasa lebih selesa dan tenang di sini dari segi kehidupan. Alhamdulillah.
2017 aku cuba menulis balik dekat blog. Tapi dah takde feel lah.Aku cuba nak share muzik yang rare bunyinya. Tapi macam tu lah setakat share sahajalah. Lepas tu takde idea. Malas. Masa pun takde.
2020 rasa nak menulis tu ada. Tapi masa pulak takde. Aku cuba menulis dekat twitter. Sebab aku rasa menulis dekat twitter ni pendek-pendek je. Tapi lepas berkecimpung sejenak, twitter ni punya pegi aku macam tak in sangat. Dashyat sangat buah fikiran dan adab kelakuan komen-komen netizen kat twitter ni. (Dekat twitter orang lainlah, aku punya takde siapa nak baca dan komen. Hihihi....).
2020 juga tahun yang haru biru buat semua. Membawak sampai ke tahun ni, 2021. Dengan pandemik Covid-19, memang ramai terkesan. Lockdown membuat kita semua tak bebas bergerak. Tak boleh nak kemana-mana sangat beb! Sekarang baru rasa nikmat yang Allah bagi semasa dunia bebas dari virus Covid-19 ni. Kita ni bebas tapi terpenjara. Hmm... macam mana tu? Apa pun, Alhamdulillah, Allah lindungi kita dari Covid-19 ni. Harapan hujung tahun ni kita dah semakin pulih.
Pandemik ni memang bagi kesan pada ekonomi dunia. Ramai yang hilang punca pendapatan, Ada yang hilang pekerjaan, mengalami kemurungan dan macam-macam masalah timbul. Dekat sinilah hati dan iman kita betul-betul teruji. Kacau beb.
Yang cari makan sendiri terpaksa kreatif macam mana nak surivive. Kebanyakan guna platform digital mcam Facebook untuk cari makan. Online busking, online gig, online class ... serba serbi secara online. Kita selagi mana boleh support kita support lah.
Hidup ni beginilah. Ada naik ada turun. Begitu juga iman kita. Segala akan dibalas. Jadi kita azam setiap hari kita cuba buat kebaikan. Kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita. Insha Allah, bahagia kita dunia akhirat.
belasah saja!