Wednesday, December 28, 2011

Usahawan Bumiputera

Gambar hiasan je..

Harini, gua macam biasa selalu je kena beban kerja tiba-tiba. Bos baru (bos lama kena transfer bertapa kat Burma) gua  ni dia punya rajin semangat nak buat kerja memang lain macam. Yang tak bestnya tu, gua sebagai machai apa saja kerja gua boleh buat la yang seksanya. Tapi takpe...ni dah kerja gua. Gua pasrah dengan rasa penuh professional. Heheh...

Sedang gua libang libu mengapungkan permintaan sebut harga, gua teringat pulak nak tolong saudara seagama kita. Lalu dengan semangat nak membantu ekonomi brothers & sisters, gua pun tekan kebod menanyakan pada Pakcik Google tentang usahawan Bumiputera. Selalunya, kalau bumiputera ni insya-Allah, kebanyakkannya Muslim. Walaupun boleh diragui jugak status syarikat bumiputera ni (alibaba), tapi gua cuba la apa yang terdaya, kan? Kan?

Akhirnya pencarian gua telah membawa gua sampai ke laman web kat bawah ni. Seraya gua mengklik ke laman sesawang tersebut, dengan tak semena-mena gua tak tau sama ada gua nak gelak, sedih ataupun rasa kemalu-maluan.

Usahawan Bumiputera

Gua terus lari setempat dan buat lompat bintang lepas gua habis tengok web tu. Keh keh keh!!! Apa la nak jadi?

belasah saja!

0 komen diterima:

Related Posts with Thumbnails