....sambungan.....
"Tok harap, dengan segala ilmu yang tok bagi, kau gunakanlah dengan sebaik mungkin. Jikalau tidak, buruk padahnya! Lebih-lebih lagi pada jurus terakhir yang tok nak bagi ni." Tok Guru Achmad Albar memberi amaran.
"Baik tok, hamba paham tok.." Abu mengangguk lagi. Kali ini anggukkan lebih dari tiga kali. Sekali tengok macam mat metal tengah banging kepala layan lagu.
"Ye...jika tidak, kesan akibat salah guna ilmu ini akan membawa akibat buruk seperti susah tidur dan kencing malam, jadi bangang 40 hari malah mungkin untuk selamanya, dicap beruk sarkis, kena gelak, dan yang paling havoc sekali kau akan jadi bahan..." Tok Guru Achmad Albar menerangkan persis tokoh MLM yang baru nak mula start cari downline.
"Ye ke tok? Nampaknya jurus terakhir tok ni memang betul-betul power! Saiya mesti pilih!" kata Abu bersemangat sambil menggenggam penumbuknya ke udara.
"Ya...dan selepas tamatnya sesi turun jurus ini, maka secara officialnya tamatlah pengajian kau. Maka kau boleh balik dan boleh start cari kerja samada melalui jobstreet, iklan dalam soratkhabar, mahupun menggunakan kabel. Dan juga secara rasminya, engkau menerima gelaran Panglima Abu." kedengaran bunyi kongkang bersahut-sahutan diluar gua sana seolah mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Tok Guru Achmad Albar.
"Oo yea? Jadi berapa lama perlu hamba extend untuk belajar jurus ni tok?" tanya Abu yang teruja amat.
"Extend WTFnya...? Jurus ni dalam kurang 10 minit je boleh belajor...Okeh kita mula 5 saat dari sekarang...5,4,3,2,...1..Okeh..jegilkan mata kau besar-besar." Tok Guru Achmad Albar memberi arahan sambil dia juga menunjukkan demonya.
"Extend WTFnya...? Jurus ni dalam kurang 10 minit je boleh belajor...Okeh kita mula 5 saat dari sekarang...5,4,3,2,...1..Okeh..jegilkan mata kau besar-besar." Tok Guru Achmad Albar memberi arahan sambil dia juga menunjukkan demonya.
"Kemudian...tarik nafas dalam-dalam....hmmmppphhh...." Tok Guru Achmad Albar memerhatikan Abu yang turut mengikut perlakuannya itu.
"Ptui!! Ptuii!!! Ptuiii!!!" Tok Guru Achmad Albar melepaskan jurusnya sambil Abu tercengang-cengang memerhatikan Tok Guru Achmad Albar. Tok Guru Achmad Albar tersenyum.
"Dah..selesai pembelajaran kamu..."
"Aik...takkan itu je tok?" tanya Abu hairan.
"Ya...itu ajelah..kau ingat apa?" Tok Guru Achmad Albar menjegilkan matanya lagi.
"Ooo...apa nama jurus ni tok?" tanya Abu. Curiosity sekarang pada tahap dewa dewi.
"Inilah yang dinamakan Jurus Meludah. Inilah jurus paling bergaya sekali dan paling senang nak dipraktikkan. Okeh, sekarang kau dah grad, dan tok hadiahkan songkok tinggi ni sebagai lambang Panglima Abu yang hensem dan bergaya. Dah kau boleh balik sekarang."
Pling...
Tok Guru Achmad Albar ghaib dari penglihatan Abu yang kelihatan terpinga-pinga dan seperti dalam meneka dalam kesamaran.
Tammat
belasah saja!
0 komen diterima:
Post a Comment