Pada suatu pagi yang hening, didalam sebuah gua disatu kaki gunung yang bernama Gunung Ntahapekenamanyantah, kelihatan dua manusia sedang duduk berhadapan di antara satu sama lain. Manusia pertama, kelihatannya agak sedikit otai. Janggutnya putihnya panjang mencecah pusat. Rambutnya juga begitu. Putih, dan melepasi bahu sedikit. Memang nampak otai abis la. Itulah dia, Tok Guru Silat Achmad Albar yang terkenal didunia Melayu ketika itu. Manakala manusia kedua pula, tak lain dan tak bukan, Pendekar Abu.
Dan, dah kalau intronya macam ni, mestilah si Abu ni anak murid si Achmad Albar yang nak belajar silat dan bukanlah pulak peserta Master Chef Malaysia.
"Cucuku..." Tok Guru Achmad Albar mula bersuara selepas membuang chewing gum dari mulutnya.
"Cucuku..." Tok Guru Achmad Albar mula bersuara selepas membuang chewing gum dari mulutnya.
"Tok..." jawab Pendekar Abu.
"Hari ni genaplah sudah 13 purnama engkau menuntut ilmu bersamaku. Segala jurus telah aku perturunkan kepada kau. Segala silibus pembelajaran kita telah hampir tamat. Dari jurus tangan berapi, ke jurus tendang tinggi takde bayang, membawa ke servis kuda, hingga ke jurus jadi jutawan online, kemudian ke jurus mengorat aweks aweks, lepas tu ke ilmu photoshop, kemudian ke jurusan seni lukis, dan banyak lagilah penat Tok nak cakap semua. Jadinya, to cut it short, Tok nak perturunkan jurus terakhir yang selama ini Tok bagi pada anak murid Tok yang power-power aje." kata Tok Guru Achmad Albar mengurut-ngurut janggutnya.
"Sifu...." Pendekar Abu menundukkan kepalanya.
"Engkau ni mana satu? Kejap Tok, kejap Sifu...." Tok Guru Achmad Albar menjegilkan matanya pada Abu. Hampir juga nak ditempelengnya kepala si Abu ni.
"Err..sori Tok...hamba terlebih tengok VCD Hong Kong...err cerita Drunken Master..." jawab Abu kemalu-maluan.
"Hmmm...takpe...perkara kecik aje. Tok pun suka cerita tu. Sebenarnya ada benda yang lebih besor dari itu. Lepas Tok turunkan jurus terakhir ni, Tok harap kau bayorlah duit pinjaman pelajaran kau ni. Walaupun ianya tahap Advance Diploma, tapi ianya penting untuk masa depan kau. Kalau tak, esok susah kau nak ke oversea nanti. Pasport kena tahan tau... Lagi satu senang kamu nak pinjam lagi kalau-kalau le kamu nak further stadi ke peringkat Degree ke Master ke." ujar Tok Guru Achmad Albar.
"Ye tok...hamba paham." Abu mengangguk-angguk.
bersambung....
belasah saja!
0 komen diterima:
Post a Comment