Suasana malam itu di rangkaian restoran mamak yang popular di daerah Kolumpo pada malam itu kelihatan agak happening sekali. Tempatnya yang strategik dengan kawasan penempatan golongan muda-mudi yang menambah ilmu di dada yang tak berapa nak ada menjadikan restoran mamak ini begitu laris. Restoran ini akan menjadi lebih penuh pabila layar lebar di restoran tersebut menayangkan perebutan sebiji bola di antara 22 orang di tengah padang terutamanya dari padang di England.
Selain itu, dengan hanya bajet RM 2.00 ke bawah, para student yang selalu mengalami kesempitan hidup angkara tuntutan kapitalis yang mencengkam serta tuntutan nafsu duniawi seperti top-up telepon, belanja awek tengok wayang, bermain snooker, main bowling, menonton gig, clubbing dan sebagainya memungkinkan mereka mengenyangkan perut seadanya di situ. Paling busuk dengan bajet sebegitu dapatlah sekeping rotcai dan segelas teh-o panas. Saving gile.
Dicelahan manusia yang sedang duduk disitu kelihatan dua susuk manusia yang berdressing agak kutu iaitu Abu dan Jimi. Dengan seragam kutu iaitu t-shirt bundle, seluar jeans lusuh koyak sikit kat lutut jenis tak boleh bawak semayang kena pakai kain surau, berselipar jepun dan sikat rambut guna jari menjadikan mereka kelihatan begitu kutu sekali.

Walaupun tak hensem, mereka kelihatan seperti antara kutu-kutu yang agak disegani juga. Lagipun agak tidak kena juga kalau mereka ini berpakaian seperti manusia yang bekerja di ofis pejabat, yakni berseluar slack licin, berkemeja dan bertali leher, serta memakai kasut kulit berkilat duduk makan di kedai mamak dengan bajet serendah RM 2.00. Kah kah kah...
Sebenarnya dua kutu ini baru saja usai berlatih snooker di pusat snooker selang 3 kedai dari restoran mamak tersebut. Biasalah, antara aktiviti anak muda yang sedang menambah ilmu di dada, tekanan stadi perlu dilampiaskan ke tempat yang sewajarnya. Jikalau tidak, student akan menjadi kurang daya berfikir dan menjadi malas. Ini akan merugikan negara terutamanya kepada pihak yang memberi pinjaman pelajaran.

Dengan aktiviti bermain snooker, mereka dapat berfikir dengan lebih tajam bagaimana mahu menang dan mengelakkan daripada membayar duit table akibat kekalahan. Bukankah itu satu senaman minda yang bagus? Kan?
Dengan tidak berlengah lagi, Abu memuncungkan mulutnya dan mengeluarkan bunyi 'cittt...cittt...' sambil tangan melambai-lambai ke brader mamak menandakan isyarat 'mai sini cepat, aku nak order ni...lapar...'. Dengan gaya kelam kabut, brader mamak tersebut berada di depan meja Abu dan Jimi dengan kelajuan supersonik.
"Ya..order boss?" tanya brader mamak yang jelas kelihatan mamak import. Inilah bahananya bila ramai yang memilih kerja.

"Roti telur satu, teh ais satu..." order Jimi pantas sebelum sempat Abu membuka mulut membuat order.
"Saya mau... roti kosong banjir satu, kuah dal sama kari campur, teh-o suam satu..." Abu mengorder kemas. Dari sudut gaya ordernya tu, jelas Abu yang tewas di meja snooker tadi.
Sambil menunggu makan dan minum yang diorder, mata Abu dan Jimi tertancap ke layar lebar yang sedang menayangkan cerita ulasan sukan. Abu dan Jimi takde mood sangat nak berbual. Lebih-lebih lagi Abu yang kalah tadi. Lagipun perut tengah lapar. Biasalah, tenaga banyak hilang masa menunjal bola tadi.
Selang beberapa minit kemudian, kelihatan brader mamak tadi dengan datang membawa dua cawan air yang di order Abu dan Jimi. Kemudian, brader mamak menyusul datang semula dengan dua pinggan di tangan. Pinggan tersebut diletak di atas meja.
"Apa ni?" tanya Abu dengan jari telunjuknya menunjuk ke pinggan di depannya.
Dengan muka manis tersenyum serta konfiden brader mamak menjawab "Roti kosong boss..."
"Duss...gua nak roti banjir la...dah berapa kali gua pesan, lain kali kalau tak ingat bawak kertas sama pen...tulis." Abu menyuarakan rasa tak puas hati sambil tangannya menggayakan gaya menulis atas kertas. Dah la kalah tadi, ni mamak ni ajak bergurau pulak.
"Ayoo..banjir...?" Nampak sangat mamak ni kuat makan semut.
"Okeh..." lantas brader mamak tersebut menarik pinggan Abu yang berisi roti canai dan sepiring kuah dal dan kari yang dicampur ke depannya.
Lalu brader mamak tersebut mengasingkan piring yang berisi kuah tadi. Kemudian dengan tenang brader mamak tersebut mengoyak-ngoyakkan roti canai Abu menjadi keping-kepingan kecil di dalam pinggan. Selepas itu, piring yang berisi kuah tadi ditonggeng supaya kuah tadi membanjiri kepingan kecil roti canai di dalam pinggan tadi. Abu melopong melihat aksi mamak tersebut.
"Wokey, roti banjir siap...." kata brader mamak tersebut pada Abu dengan satu senyuman semanis gula.
Jimi menutup mulut tahan gelak.
'Demm you mamak....!' kata Abu dalam hati. Hati Abu menjadi semakin panas.
belasah saja!
2 komen diterima:
hahhaa. ade2 aje.. hehehe
@zoe: hahah...biasalah.
Post a Comment