Hmmm....Keharuman kopi panas yang gua bancuh sendiri ini terasa begitu segar dan membuatkan gua teruja untuk menulis. Ianya seperti suis kepada titik ghairah yang menggerakan jari jemari gua untuk menaip menuruti lintasan ayat fikiran di otak gua. Berselang seli menghirup secangkir kopi sambil menaip memang begitu memberahikan. Sambil menikmati lagu-lagu blues mahupun rock dari youtube, memang asyik.
Ianya membawa gua keluar sekejap daripada rutin harian gua yang terasa begitu robot. Ya, rata-rata manusia di dunia sekarang mengamalkan sistem kehidupan yang begitu statik. Manusia sudah hilang arah tujuan hidup. Tujuan hidup sudah dipesongkan oleh sistem yang menjerut leher manusia itu sendiri. Hidup manusia sudah menjadi lebih kepada mencari wang dan membayar hutang. Begitulah yang terlintas difikiran gua. Mungkin jadi betul...mungkin jadi tidak.
Untuk memenuhi segala tuntutan hawa nafsu dan juga keperluan hidup, manusia akan bekerja keras untuk mendapatkan kertas yang dinamakan wang untuk memenuhi tuntutan kehendak. Semasa bangun, tidur, makan, minum, kencing, memandu, bersenggama, tahan bas, manusia akan berfikir mengenai wang. Hatta tengah menyembah Tuhan pun ada yang tergamak berfikir mengenai wang. Itu yang sembahyang kelam kabut nak cepat sebab takut terlambat masuk meeting mesyuarat dengan client. Oklah, at least dia ingat Tuhan. Ada yang lebih beran dan how dare you, tak sembahyang langsung.
Manusia sekarang hidup dalam kerutinan yang bagi setengah manusia yang lain akan merasa sistem ini begitu fakap sekali. Mungkin ada diantaranya dapat menerima sistem ini. Mungkin ini dipengaruhi oleh tahap keikhlasan hati. Hmm..sungguh subjektif. Daripada bangun tidur di awal hari hinggalah ia kembali tidur di penghujung hari. Manusia akan bekerja, bekerja, dan bekerja. Malah kena sakit pun masih datang bekerja. Hello, lu kerja bagai nak gila bila lu masuk hospital ada majikan lu nak tunggu lu dekat wad? Kalau lu mati pun ada company lu nak kisah? Jadi beringatlah juga. Ya mungkin rasa kebertanggungjawaban yang tersemat dalam hati membuatkan manusia itu menjadi begitu.
'Ism-ism' yang wujud didunia telah menjadikan manusia terikat. Tiada yang berani mahu cuba keluar daripada rutin dan sistem ini. Risikonya besar lantaran komitmen yang terbeban ke bahu sendiri sejak daripada habis belajar lagi. Dengan segulung sijil, diploma dan sijil ianya disertakan sekali bersama dengan beban hutang yang ada diantara sungguh mencekik tengkuk sendiri. Pakej yang lengkap. Tapi ianya berbaloi dengan ilmu yang dituntut. Cuma sistem pinjaman itu ada yang begitu menyeksakan. Dan barangkali adakalanya penyeksaan itu datang dari manusia yang meminjam itu sendiri. Lupa diri, dan salah guna. Orang bagi duit suruh belajar, kau bantai beli berry dan apple.
Kehidupan di kota besar seperti Kolumpo ini memang akan terasa masa itu berlalu begitu pantas. Kenapa ya? Barangkali terlalu banyak benda yang mahu dilakukan dan disempurnakan dalam sela masa sehari menjadikan masa itu terlalu cepat berjalan.Mungkin juga disokong dengan teknologi-teknologi yang canggih menjadikan semuanya pantas. Mungkin juga kehidupan manusia di kota besar ini yang begitu kompleks menjadikan masa itu berelatif terus dengan kepantasan. Gua pernah melalui pengalaman menjalani kehidupan yang tidak begitu kompleks dan agak terpinggir daripada kemajuan. Komunikasi terkini zaman kini juga terhad. Ya, gua dapat rasakan kehidupan yang begitu tenang dan perlahan. Simple life kata omputeh.
Mungkin dengan kehidupan yang simple dan sederhana menjadikan manusia itu tidak banyak berfikir tentang masalah atau apa yang hendak dan harus dibuat. Gua berpendapat, dengan tidak terlalu banyak harta, benda, aset dan apa jua jenis pemilikan, ia akan menjadikan manusia itu tidak terlalu banyak tentang perkara-perkara yang akan timbul daripada benda-benda tersebut. Tapi tidak juga salah jika mahu mengumpul perkara-perkara tersebut. Asalkan ianya diseimbangkan dengan sistem pemulangan semula kepada manusia lain yang memerlukan.
Jika tidak, sistem kemanusiaan akan rosak. Lalu akan timbul gejala negatif yang memeningkan kepala dan menimbulkan ketakutan kepada masyarakat. Apabila masyarakat sudah menjadi takut dan menyampah, maka tidak mustahil manusia-manusia yang menyampah tadi akan mezahirkan rasa tidak puas hati kepada manusia yang diamanahkan mentadbir sistem tersebut mahupun lebih teruk lagi kepada manusia lain yang tiada kena mengena malahan juga mangsa kepada sitem tersebut. Maka terjadilah rusuhan, demonstrasi, kejahatan demi kejahatan dan protes terhadap sistem yang korup. Bila sistem telah korup, kota besar akan jadi gelap. Maka Batman akan muncul untuk melawan kekorupsian ini.
Bila Batman telah muncul dalam penulisan gua ini, ianya merupakan tanda yang gua patut berhenti meneruskan penulisan gua ni kat sini. Heh...sebelum penulisan gua menjadi lebih mendalam dan mengarut dengan kehadiran Spiderman, Cicakman dan sebagainya moleklah gua stop dulu. Lagipun perut gua dah rasa menyucuk-nyucuk mintak diisi.
Bila Batman telah muncul dalam penulisan gua ini, ianya merupakan tanda yang gua patut berhenti meneruskan penulisan gua ni kat sini. Heh...sebelum penulisan gua menjadi lebih mendalam dan mengarut dengan kehadiran Spiderman, Cicakman dan sebagainya moleklah gua stop dulu. Lagipun perut gua dah rasa menyucuk-nyucuk mintak diisi.
Keh keh keh.
Oh ya....video (lebih kepada lagu) ini untuk korang semua. Selamat Hari Raya Aidil Adha.
belasah saja!


1 komen diterima:
aku membesar hampir 20 tahun di PJ dan terlalu familiar dengan surrounding Kuala Lumpur. (oh yer.. irama 'kolumpo' yg ko taip tuh sejibik versi aku time aku dok kuantan bile borak ngan member sedarjah)
mmg hidup di kawasan kota amat-amat memenatkan!
tu pasal aku plan nak tua-tua dok jejauh kat luar kota.. itupun kalo sempat tualaa kan...
huhuhu..
Post a Comment