Friday, November 25, 2011

Penunggu Di Lebuhraya

Suatu petang Jumaat yang hening. Di dalam bilik stor Kilang Plastik Chun Woo. Kelihatan dua ekor kutu sedang take five. Yang iya nye, mengular sambil menghisap rokok.

Abu: Lu tau tak haiwei kat negara kita ni berpenunggu?
Jon: Lu jangan buat cerita bukan-bukan brader, malam ni gua nak balik kampung ni.

Abu: Takut?
Jon: Wak lu kuasa dua! Gua bukan takut brader. Gua segan je.

Abu: Heh....Betul Jon. Rata-rata haiwei kat Malaya ni semua ada penunggu.
Jon: Haiwei je? Jalan lama?

Abu: Hahaha...iye...haiwei je. Jalan lama ada Misteri Jalan Lama.
Jon: Celake, buat lawak gampang ye? Lu nak kena cucuh dengan rokok ni kat mana? Ketiak boleh?

Abu: Tak, tak...tapi betul Jon. Gua citer serius ni. Haiwei kita memang ada penunggu.
Jon: Ntah la. Gua tak pernah terjumpa pulak.

Abu: Iye ke tak pernah jumpa? Lu dah pernah jumpa dah. Tapi lu yang tak perasan.
Jon: Hek eh?

Abu: Keluar masuk haiwei lu mesti jumpa.
Jon: Keluar masuk haiwei? Overdose lu ni...berapa balut lu tarik?

Abu: Ye ada...Masa masuk dia bagi lu tiket. Keluar haiwei dia mintak lu duit.
Jon: Gampang!

Abu: Hahahak....lu naik motor kan? Takkan jumpa punya.
Jon: Kalau jumpa pun gua pakai Semart Tek. Choesss! 


belasah saja!

0 komen diterima:

Related Posts with Thumbnails