Tuesday, May 31, 2011

Motor Besar

Gua tengok sekarang ramai yang pakai motor besor pegi keje. Kapcai tu memang tetap ada di jalanan la kan. Cuma mata gua kerap terpandangkan brader-brader yang bawak motor kuasa tinggi ni. Walaupun serba serbi harga barang naik, tapi orang Malaya memang kaya-kaya.

Selalunya kalau naik motor besar ni dressing mesti kena ngam. Kalau naik superbike, dia punya dressing macam ni...kalau naik easy ride dia punya dressing pulak cenggini. Jadi baru la kena kan. Walaupun hanya pergi dan balik keje pejabat, tapi dressing mesti mari. Fullface, glove, jaket kulit, boot...perghhh. Kalau tak tengok betul-betul, memang sebijik macam Wayne Rainey.

Tapi gua selalu rasa nak tergelak bila terserempak dengan brader-brader ni. Rasa nak tergelak bukan pada brader motor besar ni. Tapi gua rasa nak tergelak pada pembonceng dia. Gua saspek brader-brader ni hantar bini diaorang sekali pergi keje. Pakcik kat depan tu punyalah dressing kaw kaw macam nak masuk trek. Tapi makcik kat belakang tu.....hallamakk, helmet Appolo, kasut tumit tinggi (kadang-kadang selipar je), jaket wind breaker (kadang-kadang takde jaket pun), dengan baju kurungnya... Kah kah kah!!

Kemon la brader...beli la full aksesori kat makcik belakang tu. Kesian kat dia. Selain untuk safety, nampak la cun sikit. Ini ekzos motor kemain meletup lagi. Keh keh keh....

belasah saja!

3 comments:

  1. yg pntg safety perlu diutamakan kan kan

    bimbang la tgk org bawak / naik motor pakai baju kurung / skirt

    diaorg rasa safety ke?

    ReplyDelete
  2. gua pun berkira2 nak angkat super bike yg below 250cc.. tapi jacket gua rasa cam xde saiz.. cammane kemat, leh carikan??

    ReplyDelete
  3. @wbh: kan kan kan? septy fes..

    @payid: jeket carik bundle la bro. size amerika. mesti ada punya...

    ReplyDelete

Ada komen? Kalau ada mari tulis sini.

Related Posts with Thumbnails