Thursday, March 11, 2010

Cerita Malam Jumaat: Kemping


Dulu time sekolah, gua memang aktif dalam persatuan Pengakap ni. Camping tu dah kira macam aktiviti rutin gua le masa zaman sekolah dulu. Memang gua sukakan aktiviti yang edvencer ni. Target masa tu nak dapatkan King Scout. Pergh..kalau dapat ni, Sultan Perak sendiri yang bagi sijil. Awek mesti ramai yang nak himpit. Tapi gua tak sempat nak kejar, form 3 gua dah blah dari sekolah lama masuk sekolah belajar jadi saintis. Sekolah baru gua tu pulak dia punya Scout punyala mandom. Ada ke camping dalam kelas. Langsung tak edvencer. Jadi tak ramai la awek himpit gua.

Ni, gua nak cerita satu kejadian dalam siri perkhemahan gua. Masa tu kalau tak silap gua, perkhemahan untuk satu kursus ni. Kursus apa, gua pun tak ingat. Masa tu sekolah gua hantar dalam 5 wakil kalau tak silap, gua pun dah ingat-ingat lupa. Yang gua ingat member gua 2 orang ni. Sorang nama Man. Sorang lagi Lan.

Macam biasa la, sampai-sampai saja setiap kumpulan dibagi masa untuk siapkan khemah dan segala mak nenek gajet-gajet. Hari dah nak gelap. Khemah kami agak jauh sikit dihujung dan dari khemah-khemah yang lain. Masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Semua nak siapkan cepat sebab hari dah nak malam. Nak pasang khemah pun satu hal. Khemah dulu-dulu bukan macam sekarang yang pasang siap. Langsung tak true.

Kawasan perkhemahan ni, first time gua sampai. Sama jugak dengan member gua yang lain. Dari cerita senior-senior yang pernah camping kat sini, kawasan ni agak keras sikit. Dulu-dulu askar Jepun pernah camping kat sini jugak. Ada yang pernah terdengar "Banzaiii...banzaiiii". Ada jugak yang pernah dengar bunyi orang berkawad tengah-tengah malam buta. Huh...cuak jugak kami. Tapi kami maintain steady. Sebab ada jugak awek-awek Scout yang camping sekali. Tapi khemah depa dekat dengan area Urus Setia la. Untuk keselamatan diri......

Hari makin gelap, dah nak masuk waktu Maghrib lebih kurang. Bunyi sang cengkerik sudah kedengaran. Sekali sekala bunyi katak sahut menyahut. Jeng jeng jeng.....

Tengah leka buat kerja, tiba-tiba...

"Arghh...Khak..tuih! Khak tuih!!" dengar macam suara Man yang menjerit tu.

Gua macam biasa tenang kontrol macho sambil berlari-lari slow motion ke arah Man yang time tu kat area dapur.

"Apsal Man??" gua cuba menyoal siasat ala-ala Inspektor Sahab dalam filem Hindi yang tayang kat RTM2 lepas semayang Jumaat.

"Ni..." Man menjawab lemah sambil menunjukkan botol air gas.

"Pehal dengan botol tu?!" gua soal lagi tak puas hati. Kali ni lebih tegas, sama stail juga macam Inspektor Sahab tu. Cuma tak pintal misai la...sebab misai tak dak lagi.

"Ni air apa korang bawak ni?" gua lantas mencapai botol tu. Gua tengok macam air kosong. Takde apa masalah. Gua bukak botol, gua cium sikit. Semacam je baunya...macam kenal bau ni.

"Ni apsal ni? Cium-cium botol pulak ni" tiba-tiba Lan muncul dari gelap.
"Tak pernah tengok minyak gas* ke??" sambung Lan.

Sebelum gua jawab, gua bantai gelak kaw kaw tak ingat.
"Ni ha, member dah togok benda ni. Mabuk free la kejap lagi tu" ujar gua.

"Celake, lain kali tulis la dekat botol tu" kata Man.

Man..Man...tu la pasal, gelojoh sangat.

*minyak gas = minyak api , kerosene, minyak tanah

belasah saja!

1 comment:

Ada komen? Kalau ada mari tulis sini.

Related Posts with Thumbnails