Friday, November 13, 2009

Tumpang Tanya, Jalan Nak Pergi Jerman Ikut Mana?

"Gila baboon punya sejuk ni Meon!" kata gua sambil meniup tapak tangan. Gila air yang keluar dari kepala paip kat Cameron Highland ni punya la sejuk. Macam ais batu yang orang dok buat ais kepal tu. Gua bajet orang Cameron ni mesti jarang mandi pagi nih.

"Heh, ini baru sikit je bro...dulu masa aku pergi Russia, lagi sejuk..." balas Meon sambil buat muka bangga sambil hidung kembang kempis. Itu kalau masukkan hulu que kayu snooker pun lepas. Terpikir pulak gua. Bila masa la pulak mamat ni pergi Russia, Golok yang dekat pun tak pernah pergi apatah lagi Russia. Ntah-ntah passport pun takde. Tapi tak mustahil dizaman globalisasi dan era tiket kapal terbang murah ni.

Ahh..malas gua nak amik pot. Tapi gua teringin nak pergi Jerman. Tapi takde kapal terbang tiket murah pergi sana. Macam mana ye?


belasah saja!

Monday, November 2, 2009

Kuala Lumpur




Kuala Lumpur,
kota yang penuh janji dan harapan,
kota yang penuh kegembiraan dan kekecewaan,
kota yang menjanjikan kegagalan dan kejayaan.

Kuala Lumpur,
pahala dan dosa dimana-mana,
berbagai cerita suka dan duka,
melanda resah jiwa manusia.

Kuala Lumpur,
disini tercampaknya anak desa,
datang dengan penuh cita-cita dan cinta,
terperangkap akhirnya dengan duniawi dan masa.

Kuala Lumpur,
walau banyak cerita mu,
walau berjuta ranjau mu,
Engkau tetap menjadi destinasi,
Kerana aku, dia dan mereka yakin disinilah takdir kita.


Hasil dari rasa jiwa yang bergelora: bofoyengfeng, ahad, 01/11/09

Foto cilok pinjam dari www.trekearth.com

belasah saja!
Related Posts with Thumbnails